CHANNEL UMB

Adun Bagan Pinang selamat dikebumikan

Saturday, September 5, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:


PORT DICKSON: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang Allahyarham Azman Mohammad Noor, 54, yang meninggal dunia petang tadi, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Bagan Pinang di sini selepas solat Maghrib malam tadi.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamek Port Dickson.

Hampir 300 orang hadir di tanah perkuburan itu, antaranya Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Umno Bahagian Telok Kemang Tan Sri Isa Samad, Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan Mohd Helmi Din dan Anggota Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban pada pukul 2.30 petang semalam selepas terkena jangkitan dalam darah.BERNAMA

Comments

1 comments to "Adun Bagan Pinang selamat dikebumikan"
  1. Al-Fatihah
    Arwah yang saya kenali sebagai "Pak cik Azman" merupakan sahabat baik ayah saya,amat berbudi bahasa dan suka membantu. Kehilangan arwah merupakan satu kesedihan untuk kami rakyat di Bagan Pinang khasnya.
    Semoga keluarga arwah tabah dalam menghadapi ujian Allah..