CHANNEL UMB

Nizar OII!! Ajaib ! Mangsa Zorro Kulitnya Tebal : Kok Bener Ni?

Friday, October 9, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: ,



oleh Encik RBF

RBF ingin menawarkan ganjaran sebanyak RM 8000.00 kepada sesiapa yang berjaya memberikan gambar mamat diatas sedang ditetak oleh Pemuda Umno,sepertimana yang dilaporkan disini.

Kalau nak tipu pun berhati-hati sikit. Saja nak cari populariti politik. Sendiri potong baju,kemudian kata Pemuda Umno tetak.

Kemudian ambil air sirap curah dan sapu di muka sendiri. Lepas itu kata orang Umno buat. Podah chittttt.....nak tipu pun biar kelas 1, jangan tipu kelas 4.

Kepada pembaca, anda lihat gambar pertama terlebih dahulu.

Perhatikan dalam bulatan kuning,anda lihat kesan 'darah sirap' di muka mamat terbabit. Nampak sangat ambil sirap kemudian sapu dengan berus warna. Jalur 'darah' di mukanya nampak sangat seperti dilukis-lukis.

Kemudian lihat pula gambar kedua.

Kesan koyakan dibajunya nampak bukan kesan tetakan, tetapi kesan yang dihiris sendiri. Jika betul ditetak dengan parang,sudah tentu kulit mamat tersebut sudah penuh dengan darah dan kesan tetakan. Anda boleh melihatnya dengan jelas,tiada langsung kesan cedera pada kulit mamat tersebut melainkan bajunya yang dihiris dengan pisau. Kemudian ambil sirap sikit ,letak dibaju.

Yang menjadi mangsa adalah mamat yang berlakon tersebut. Sampai mati pun orang akan gelak kepada beliau setiap kali terjumpanya. Tapi apa nak buat lagi,mungkin mamat tersebut telah dijanjikan syurga oleh PAS.

Syabas Parti 'Islam' Semalaysia. Teruskan menipu.