oleh Cucu Tok Selampit
Berikut adalah petikan kata-kata DS Anwar "The Drama King" Ibrahim suatu waktu dahulu sebelum bertindak tidur sebantal, peluk setilam dengan teman-temannya di dalam PAS. Marilah kita melihat sifat-sifat "chameleon", gelaran yang diberikan oleh majalah Economist kepadanya:

DUNGUN, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, berkata antara contoh penipuan ke atas rakyat berhubung cadangan kerajaan mahu membuang perkataan Islam daripada Pas, tetapi pemimpinnya membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan mahu membuang Islam. (Berita Harian, 24/01/1995)Dilihat penyokong-penyokong PAS kini membabi-buta menyokong Anwar Ibrahim hingga sampai ke tahap yang boleh kita kata sebagai taksub. Segala-gala perkara yang dibuat Anwar Ibrahim benar, dan bagi mereka tak mungkin dia berbohong. Tahukah mereka bahawa dahulu DS Anwar Ibrahimlah yang paling lantang menhina Pas. Sama ada melalui media atau di dalam Parlimen, banyak kata-kata yang Anwar tujukan yang terang-terang menghina PAS. Namun kini, demi kepentingan politik yang sempit, DS Anwar sanggup menjilat ludahnya kembali dan PAS? Selama-lamanya menjadi barua politik.
HULU TERENGGANU, Selasa - Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)
PASIR PUTEH, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana di kalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas juga mempersendakan ayat al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)
RAUB, Selasa - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada," katanya. (Berita Harian, 25... Read More/08/1993)
KUALA LUMPUR, Jumaat - Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam kerana berdiam diri apabila kerajaan Iraq yang disokongnya, melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri, khususnya kaum Kurdis. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pas hanya mendewa-dewakan kepemimpinan Iraq tetapi menutup perkara sebenar mengenai keganasan dalam negeri yang dilakukan oleh kerajaan negara itu. (Berita Harian, 04/05/1991)
Nota: Sumber berita dikumpul dari seorang sahabat, Ore Ayabun / Taminsari dari blog Belantan.
Nota buat DS Anwar: Dengar kata Datuk Seri hendak bersumpah di Teluk Kemang hari ini menyatakan Datuk Seri tidak pernah meliwat Saiful Bukhari. Betul ke? Datuk Seri sudah buang tebiat ke? Saya pernah mendengar Datuk Seri hendak bersumpah di Masjid Jamek selepas sembahyang Asar pada tahun 1998. Kami tunggu di luar masjid hingga ke Maghrib. Penantian kami hanya tinggal penantian. Datuk Seri sudah lupakah?
Comments
2 comments to "Nizar OII!! PAS Tak Kisah Ke Dulu Anwar Atartuk Kata Apa?"Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus menjadi parti rasuah. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.
Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada penyelewengan. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.
Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus dikotori oleh perompak harta rakyat. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.
Pendek kata, UMNO akan mampu diselamatkan jika tiada lagi manusia seperti Isa Samad di dalam UMNO. Isa Samad hanya boleh dinyahkan daripada UMNO jika beliau kalah di Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti.
Anda tidak perlu mengisi borang PAS tetapi anda mampu membersihkan UMNO dengan memBERIKAN UNDI ANDA KEPADA PAS.
Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus menjadi parti rasuah. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Post a Comment