CHANNEL UMB

Nizar OII!!! Anwar Tak Kota Janji Di Permatang Pasir : Bagan Pinang Are You Ready?

Thursday, October 8, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: , , , ,


oleh The Unspinners

Masa pilihanraya kecil Permatang Pasir dalam sebulan setengah lebih yang lalu, Anwar menjanjikan kepada pengundi untuk melantik calun PAS Salleh Man sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) untuk menggantikan Haji Shabudin Yahaya.

Difahami dari blog Dr Novandri bahawa Yang Dipertuan Agong Tuanku Mirzan telah melantik bekas Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Ellias Zakaria sebagai YDP MAIPP.

Nampaknya sebagaimana arwah Hamdan Abdul Rahman yang digantikan Salleh Man, calun PAS yang tunggalini dikecingkan Anwar Ibrahim juga. Arwah Hamdan sepatutnya dijadikanlah exco sebagai satu-satu orang ADUN PAS di Pulau Pinang tetapi Anwar tidak mahu.

Di Perak bawah Nizar, PAS memberi peluang untuk PKR dapat kerusi sebagai exco. Di Pulau Pinang, Anwar tidak membalas budi baik PAS di Perak.

Teruslah PAS yang sentiasa dikencing PKR dan DAP. Mengundi PAS bermakna tidak semesti janji-janji mereka akan tertunai kerana mereka tidak menguasai keadaan. Suka sangat dikaldaikan.