CHANNEL UMB

Nizar OII!! Disebabkan Anwar : PAS Tak Kisah Halal Haram?

Wednesday, October 7, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: , , , ,



oleh Kumbang

Kumbang membaca pendedahan RBF tentang skandal hasil 10,000 ekar balak bernilai 15 juta yang dikatakan dikongsi oleh Husam Musa,Tamrin dan PAS Pusat. Anwar Ibrahim pula dikatakan mencadangkan untuk Husam Musa berkongsi hasil 10,000 ekar balak dengan Tamrin anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghaffar Baba atas tujuan mengabui mata masyarakat untuk memperlihatkan kononnya beliau tidak mempunyai masalah dengan Almarhum Tun Ghaffar Baba sebelum ini.

Sedangkan seluruh dunia tahu Tun Ghaffar Baba terlalu kecewa dengan apa yang terjadi kepada diri beliau iaitu disingkirkan untuk Anwar Ibrahim memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa pertandingan iaitu Tun Ghaffar hanya menerima 7 pencalonan bahagian UMNO dan selebihnya mencalonkan Anwar dan menyebabkan Tun Ghaffar tersingkir daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO. Sebelum meninggal dunia, Tun Ghaffar dikatakan masih tertanya-tanya. Apakah salah diri beliau sehingga disingkirkan begitu rupa oleh insan bernama Anwar Ibrahim.

Jika benar skandal melibatkan Tamrin yang pernah menjadi ahli parlimen di Melaka ini.

Pertama,Kumbang merasa sedih kerana Tamrin sanggup berkomplot dengan orang yang sanggup menyingkirkan bapanya sendiri daripada kepimpinan UMNO.

Kedua, Jika benar Anwar ingin menebus kembali kesalahan lampau beliau kepada Almarhum Tun Ghaffar, kenapa perlu menggunakan wang hasil balak milik rakyat Kelantan dan bukan wang beliau sendiri?

Ketiga skandal ini perlu disiasat kerana sudah menjadi rahsia umum PAS sememangnya menggunakan hasil balak sebagai dana pilihanraya atau 'political fun' terutamanya daripada Kelantan dan Terengganu(penggal PAS memerintah) dan kini dikatakan berjangkit di negeri Kedah.

Adakah kerana kononnya ingin memperjuangkan Islam PAS sanggup menggunakan sumber yang tidak halal dan rompakan seperti hasil balak ini?

Tambah menyedihkan lagi jika benar ,wang yang masuk ke poket Husam dan juga Tamrin adalah melebihi wang yang diperuntukkan untuk dana politik PAS. Maknanya Husam Musa mementingkan kepentingan peribadi melebihi daripada kepentingan Parti kerana dikatakan beliau ingin menggunakan wang daripada hasil balak untuk menaikkan kedudukan diri beliau di dalam parti PAS.

Seperti yang disebut RBF di dalam artikelnya, jika tak percaya tentang semua ini silalah bertanya sendiri atau berhubung dengan Hj.Kasim dari PAS Kawasan Kubang Kerian iaitu kawasan Parlimen Salahudin Ayub Naib Presiden PAS yang sibuk berkempen di Bagan Pinang mengatakan parti beliau benar-benar bersih, tetapi dari segi hakikat adalah sebaliknya.

Inilah akibatnya bersekongkol dengan Anwar Ibrahim, PAS kini sudah tidak kisah halal atau haram.

Pengundi Bagan Pinang, fikir-fikirkanlah..




Untuk maklumat lanjut mengenai kaitan Anwar Ibrahim dengan Amerika dan isu-isu anti Anwar yang lain. Sertai E-Group AIDC sekarang. Klik Sini
.

Comments

1 comments to "Nizar OII!! Disebabkan Anwar : PAS Tak Kisah Halal Haram?"
  1. Assalamualaikum warahmatullah buat semua Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah SWT,

    Saya adalah pengundi DUN Bagan Pinang atas pagar. Dahulu saya memang mengundi Pas. Saya sokong perjuangan Pas. Tetapi setelah sedar akan segala sikap Pas yang mempergunakan Islam sebagai landasan politik saya terus tidak sokong.

    Tulisan di bawah banyak menyedarkan saya tentang perjuangan palsu Pas.

    http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/06/064-fatwa-fatwa-dangkal-dari-mulut-pas.html

    Wahai sahabat di atas pagar dan di dalam Pas sekalian, harap dapat dibaca dan dinilai setakat mana sebenarnya perjuangan palsu Pas ini.

    Pas akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti kerana sanggup melihat dan mempertahankan kafir mempergunakan ayat suci al-Quran demi jatuh bangun politik Pakatan Rakyat.

    -PasDahulu-