CHANNEL UMB

Nizar OII!! PAS Sibuk Berkempen Di Bagan Pinang , Anwar Ibrahim Sibuk Baca Buku !

Wednesday, October 7, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , , ,

oleh abe mie

Rumah Anwar Ibrahim. Menurut sahabat terdekat dengan Anwar, dia hanya pulang sebulan dua kali sahaja di rumah ini. Anwar dikatakan mempunyai beberapa rumah mewah dan memiliki beribu-ribu hektar tanah di Pulau Pinang dan Sabah.


Jam 9.00 pagi, abe MIE sempat 'mencuri masa' bekerja untuk membuka laman web Anwar Ibrahim. abe MIE hendak lihat tentang pandangan Anwar tentang isu RM30 bilion yang merangkumi harta, aset dan wang miliknya seperti yang diributkan oleh Nalla.

Rupa-rupa Anwar 'tidak berminat' hendak mempertahankan diri dengan masalah ini. Kita lihatlah kesudahan cerita ini seterusnya sama ada mampu menjejaskan reputasi Pakatan mahupun tidak.


1. Menurut sumber terdekat yang merupakan orang kuat Presiden PAS, Haji Hadi Awang, salah satu sebab kenapa PAS mahu bekerjasama dengan UMNO di bawah slogan Kerajaan Perpaduan ialah kerana Rasuah yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim.

2. PAS bimbang isu berkenaan akan mengheret Anwar Ibrahim sekali gus turut merosakkan nama baik PAS. Sebab itulah harapan kerjasama dengan UMNO diharap dapat membersihkan nama PAS ekoran bekerjasama dengan PKR yang diterajui oleh Bapa Rasuah, Anwar Ibrahim.

3. Kata orang kuat PAS lagi, Nik Aziz tidak percaya yang Anwar Ibrahim melakukan perkara sedemikian memandangkan Anwar seorang yang kuat beribadat dan berkelakuan alim.

4. Haji Hadi dan Timbalannya, Nasaruddin Mat Isa, Mat Sabu dan beberapa pemimpin PAS merasakan masalah peribadi Anwar akan turut merosakkan perjuangan PAS yang bermati-matian dengan Anwar sejak 1998 lagi. Mereka bimbang sekiranya Tsunami politik akan berlaku pada PAS dengan lebih teruk seperti tahun 2004. PAS akan terus tenggelam sebagaimana UMNO lalui pada tahun 2008 dan mungkin lebih teruk lagi.


5. Di dalam benak kepala Abe MIE, agaknya kenapa Anwar Ibrahim kini membisu di pilihan raya kini termasuklah di Permatang Pasir baharu ini walaupun PAS menang dengan cemerlang.

6. Kembali kepada isu ANwar yang gemar membaca buku daripada bercerita atau berceramah di pentas politik. Menurut blog berkenaan, Anwar Ibrahim telah membaca beberapa buah buku sebagai menambahkan ilmu pengetahuan. Yang abe MIE terfikir, kenapa Anwar Ibrahim PERLU memberitahu yang dia membaca buku-buku berkenaan kepada kita semua! Untuk menunjuk-nunjuk? Untuk memberitahu dia seorang 'ulat buku'?

7. abe MIE punterfikir bila masa pula Anwar mempunyai masa untuk membaca buku lagipun pelajar di universitipun main 'plagiat' aje untuk menyiapkan kertas kerja. Tak semua, graduan buat begitu tetapi kebanyakan begitulah. Sebab itulah graduan sekarang tidak boleh buat kerja apabila diberikan sesuatu jawatan. Yang mereka tahu, tiap-tiap bulan mahu dapat gaji yang lumayan.


abe MIE- Menurut satu sumber dari Ezam, Anwar Ibrahim membeli beberapa pulau di Sabah ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri yang bernilai ratusan juta ringgit. Anwar juga menyimpan wang di luar negeri terutamanya denganThe Swiss National bank, manakala di dalam akaun anaknya, Nurul Izzah mempunyai simpanan tidak kurang 40juta pound sterling di Bank of England. Insya Allah, lain masa abe MIE akan terjah tentang wang simpanan ini.

Comments

0 comments to "Nizar OII!! PAS Sibuk Berkempen Di Bagan Pinang , Anwar Ibrahim Sibuk Baca Buku !"