CHANNEL UMB

Nizar OII!! Orang Bagan Pinang Nak Melingkup : Undilah PAS !

Tuesday, October 6, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 13 comments
Filed under: , ,

oleh Cucu Tok Selampit

Tersurat:


Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar akan mendekati golongan berpendapatan rendah serta mendapatkan gaji minimum untuk pekerja ladang dalam kawasan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. Ini merupakan antara usahanya untuk menyelesaikan isu-isu yang disuarakan penduduk di kawasan berkenaan, seramai kira-kira 2,500 pengundi di kawasan Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall serta Sua Betong.

Sumber: Malaysiakini.

Tersirat:

Sudahkah kerajaan Pakatan Haram di 5 opps ... 4 buah negeri melaksanakan gaji minum kepada semua pekerja ladang di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka? Sekiranya mereka gagal melaksanakan gaji minimum di 4 buah negeri di bawah jajahan mereka, apa yang boleh diharapkan oleh calon Pas yang seorang ini hendak melaksanakan gaji minimum di DUN yang kecil di dalam negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional? Berbmimpikah beliau? Adakah beliau hendak menggunakan duit poketnya untuk membayar gaji minimum tersebut?


Tersurat:

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin anggota tentera yang akan mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akan bersama-sama rakyat untuk mempertahankan negara ini dari serangan politik wang. "Rakyat semakin berubah dan semakin berani menentang cengkaman kuasa mereka yang berkeras dengan rasuah dan politik wang. PAS yakin, anggota-anggota tentera pasti akan bersama-sama rakyat mempertahankan negara kita dari serangan rasuah dan politik wang," kata beliau yang juga pengarah pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut

Sumber: Haprakdaily.

Tersirat:

Orang yang sama pernah menguris hati kaum kerabat tentera dengan mencadangkan bahawa Chin Peng hendaklah dimaafkan oleh Kerajaan Malaysia dan dibenarkan pulang menetap di Malaysia. Adakah selepas menghina golongan tentera dan bekas-bekas pejuang negara dengan mengiktiraf Ketua Komunis, adakah beliau yakin anggota-anggota tentera akan berjuang bersamanya?

Tersurat:

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendakwa kerajaan BN lebih teruk daripada dinasti Mongol Yuan di China dan menggesa pengundi Cina di Bagan Pinang supaya mengikut 'jejak langkah' nenek moyang mereka dengan menolak calon BN. Berucap di satu majlis sambutan pesta tanglung di Bagan Pinang malam tadi, menteri besar Pakatan Rakyat Perak itu berkata, festival tersebut adalah mengenai "menumbangkan satu rejim yang kejam". Dan mengenai cerita mengenai bagaimana kaum Han pada Abad ke-14 menggunakan 'kuih bulan' untuk mengedarkan mesej menentang dinasti Yuan, Nizar menggesa penggundi Cina di Bagan Pinang untuk"menolak BN".

Sumber: Malaysiakini.

Tersirat:

Siapa lagi yang menjadi barua dan talibarut DAP di dalam Pas melainkan DS Nizar "The Puppet" Jamaluddin. Beliau akan melakukan apa sahaja termasuk mengadaikan maruah dan hak orang Melayu semata-mata untuk berkuasa. Di Bagan Pinang, beliau digunakan sebagai senjata untuk menarik undi kaum Cina dan bukan orang Melayu. Kenapa? Orang-orang Melayu di Bagan Pinang sudah mengenai siapa pengkianat Bangsa Melayu dan menjadi barua DAP.

Comments

13 comments to "Nizar OII!! Orang Bagan Pinang Nak Melingkup : Undilah PAS !"
  1. Jgn lupe jasa Mat Isa di Bukit Pelanduk yo? n Jgn Lupe jasa Mat Isa pasal ZZ n Najib yo..Banyak lagi jaso Mat Isa yang org Bagan Pinang tahu...

    Org luar macam Tok Selampit ni apo tau..dapat elaun jolah..betul ke tak main taram jo...

    tanyo org Bagan Pinang...tanah org malyu ado lagi ko...tanyo org PD ado ko tanah org melayu, tanah wakaf kubur jo tinggal..

    Semuo nak bagi kat org UMNO..Selidik dl wahai goblogger UMNO..Jgn sampai org Bagan Pinang ajar ekau...

  2. SEKURANG-KURANGNYA KERAJAAN BN TELAH MENINGKATKAN TARAF HIDUP RAKYAT. JIKA BAGI KAT ORANG UMNO PUN TAK APA BUKAN BANGSA LAIN. MASALAHNYA KERAJAAN PR DI BEBERAPA NEGERI YANG DIJAJAH DAN PERINTAH TAK TAHU BUAT APA HINGGA ADA WAKIL RAKYATNYA KELUAR PARTI/KERAJAAN PR.

  3. tanah melayu kek pokan PD tu sapo punyo...nak sebut banyak..semua bagi/jual kek cino..ni bukan soal sokong PAS atau tak..ni soal hak org melayu sendiri pun takleh jaga...ckp mmglah leh cakap tapi org yang bukan UMNO takde hak ke..melayu jugak..islam jugak..

    soal tingkat taraf hidup, blh ke kita cakap BN yang buat...mmg tggjwb mana2 kerajaan utk tingkatkan taraf hidup...tak perlu kite sebut soal jasa dan budi..kalau rakyat tak bayar cukai, dan apo2 lagi bayaran..macam mana kerajaan nak hidup...kerajaan buat pelaburan pakai duit dr mana...duit UMNO ko!! duit KWSP, Petronas dll...

    duit kerajaan duit rakyat bukan duit UMNO..itu jelas..den tak marahkan UMNO tapi marahkan pemimpin2 yang boros,pentingkan diri, rasuah,talam dua muka dll..

    Semua org syg UMNO tapi sampai bile nak sayang kalau org dalam UMNO sendiri yang mencalarkannya...

  4. Anon,

    Tak payah la nak cakap pasal tanah. Di Perak Nizar jadi boneka gadai tanah apa cerita? BN bangunkan kawasan agar ada pulangan dari segi ekonomi kepada penduduk. Perak bagi free bodoh macam tu je. Itu namanya rasuah tanah nak dapat sokongan. Dan hasilnya di Bukit Gantang, Umno cuma dapat kurang 15% undi bukan Melayu walaupun dah dapat 63% undi Melayu.

    Baca di sini:
    http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/01/mengimbau-penulisan-blog-kembara_10.html

  5. Anon,

    DUN Port Dickson bawah Pakatan. Macam biasalah. Pakatan guna Modus Operandi yang sama. Kita tengok sahaja apa jadi pada DUN yang di bawah Pakatan. Contohnya, DUN Bahau yang begitu lama dikuasai oleh DAP. Apa jadi pada nasib Melayu kek sano jang? Terpaksalah Isa Samad dulu bawa lari pembangunan ke Bandar Seri Jempol. Bawa pembangunan yang begitu pesat kepada Bandar Seri Jempol jadikan bandar Melayu. Ekau apo tau jang! Meh kito bertokak guno fakta.

  6. Anon,

    Yang den nak tergolak, kenapo Harakah dok canang PD bandar kotor padahal bawah jagaan YB dio. Parlimen Telok Komang pun dia yang pogang. Apo YB Pakatan kojo duduk umah korek idong jo ko? Makan gaji buto!

  7. Anon,

    Kenapo dgn Bkt Pelanduk? Di Selangor, Kelantan, Penang Pakatan tak kisah pun dgn ladang babi yang ado. Bukan melayu pun nak ternak babi dan makan nak buek macam mano. Kalau ekau tengok Harakah dulu pun dio pertahan tindakan Kak Teresa ekau nak bukak ladang babi moden yang bosar di Selangor (malah di Asia Tenggara). Apo ekau tak protes ko?

  8. Kembara Politik? tak tau cito ko di Bukit Pelanduk..apo jadik..sapo share kek dalam tu...ekau tanyo org PD nie....

    org cino nak makan bagi biarlah, nak mampus pun lantaklah pasal babi tu..bueklah ladang betul2...itu hak dio..

    kenapo takleh cakap hal tanah? cuba ekau cakap? ado ekau bising masa tanah genting dan bukit tinggi tu bagi kek cino kayo..ekau sukolah naik genting...

    abis takdo kojo lain ko si Nizar tu bagi tanah kek cina..ado ko dio bagi tanah kek org melayu? cubo ko check..kalau tanah tu hak org cina, bagi kek dio...buat apo nak marah2...

    BN bangunkan kawasan utk ekonomi penduduk? Baguslah kalau begitu...ekau cito sket pasal tanah kek Klang tu...sapo untung?

    bandar melayu kek jempol? aduhai!! marah org jempol kalau ekau dgr Isa Samad bawak pembangunan kek Jempol...kek PD ni pun tak selesai2..

    ekau tanyo org PD, toilet kek batu tigo jln pantai tu bape kos buatyo? gi tanyo dl...

    bagus buek pembangunan tapi jgn rampas hak rakyat tempatan..nak kayo blh tapi jgn kayokan diri sendiri dl sampai pijak org lain...

    ekau pun tau kan dlm UMNO nie..atau ekau buat2 tak tau..

    PD mmg kotor pun...maksiat bersepah2...beer belambak2...ekau tak tau ko...sampah jgn citolah...cito sampah ni cito lamo...dr ADUN BN tak solosai2...org PD jo tau cito nie..org luar mano tau...

    tanyo org PD nie...kalau ekau org luar...kalau BN buat pembangunan baguslah den pun suko..tapi buatlah betul2...jgn kayo perut kaum sendiri jo...

  9. Anon,

    Ekau pun tak jawab den puyo soalan. Nasib Melayu terbelo ko di Bahau? Apo Bandar Baru Jempol bawah DAP ko jang? Bawah BN la jang oiii...

    Sobab orang macam ekau dan pemimpin ekau la DAP naik tocang. Itu pasal Cino sokong ekau lebih 85%. Walau pun ekau dah kalah dgn sokongan Melayu yg hanya 37% di Bukit Gantang.

    Ekau guno la ID ekau. Manolah tau Nijar sendiri yang datang jawab. Boleh den luku polo dio! Susah banyak sangat Anon. Sesak mato...hehe

    Apo2 pun den bagi Salam Assalamualaikum kat ekau kalau ekau muslim la.

  10. die tak dapat jawab tu kembare..
    sebab tu merepek je kekeke

  11. Bukan apo. Ekau baco Haprakah..bukan main dicanang cakap PD bandar kotor..disalahkan BN. Yang heran tu..YB Pakatan di Parlimen Telok Komang si Kamarul Terbaring tu dio duduk melombong hidung joooo...patut borosih bonar lobang idong dio...ruponya tak buek kojo...jadi wakil korek idong jolah jang oiii.

  12. Kalau macam tu mudah betul la jadi YB Pakatan. Tak payah nak ambil tahu pasal kawasan dio. Biar melingkup pun takpo...sobab boleh salahkan BN. Bilo orang kampung tanyo YB Pakatan, macam senario nila.

    Orang kampung: Kenapo tak baiki parit YB, dah sosak bonar dah tu?

    YB Pakatan: Ekau mintak samo BN. Aku sibuk borsihkan lobang idong aku.

    Sonang betul jadi YB Pakatan. Den nak masuk jadi calon YB Pakatan boleh ko Nijar? Hehe...

  13. aku anak bagan pinang...
    rasanya elok penyokong pas balik ke kelantan dan majukan negeri mereka sendiri..
    jgn nak menyibuk kat tempat org..
    negeri sendiri mundur dan miskin..
    kalau pun pd kotor(kata pas) parlimen nie bawah pakatan rakyat..
    mana pg ahli parlimen dia?
    x buat keje ker? makan gaji buta?