oleh Encik Pisau
Pisau telah berada di PWTC sejak hari pertama Persidangan UMNO,mengikuti hampir kesemua ucapan persidangan pemuda.
Didalam ucapan ucapan Ketua & perwakilan,tidak ada langsung menyebut & atau berbahas tentang pindaan perlembagaan,ucapan demi ucapan hanyalah berkisar isu isu lain yang tidak menyentuh lebih dalam tentang pindaan perlembagaan .
Pisau ada bertanyakan pendapat dengan beberapa orang perwakilan, namun rata rata dari mereka memberi sokongan penuh tidak berbelah bagi tentang pindaan perlembagaan parti. Tetapi yang menjadi persoalan kenapakah tiada perbahasan oleh mereka mereka ini. Seolah olah menerima bulat bulat cadangan pindaan tanpa memikirkan buruknya pindaan ini.
Pisau ingin memetik soal pindaan Fasal 9.3 - Pemilihan Pengurusi Tetap,Timbalan Pengerusi tetap,Presiden,Timbalan Presiden,naib Presiden dan Ahli majlis Tertinggi. Tujuan Fasal 9.3 dipinda untuk membolehkan 146,500 orang terlibat dalam pemilihan iaitu sebelum ini hanya dipilih oleh 2,510 perwakilan terlibat.
Jumlah perwakilan yang terlibat berdasarkan formula secara purata 500 perwakilan didalam satu bahagian,maka 500 orang x 191 bahagian maka 95,500 orang, didalam pindaan tersebut jug memberi taraf perwakilan secara automatik kepada ketua sayap sayap cawangan dengan mengambil kira secara purata terdapat 17,000 cawangan,maka 3 0rang x 17,000 cawangan bersamaan 51,000 orang,jesteru ini menjadikan jumlah keseluruhan 95,000 campur 51,000 menjadikan 146,000 pemilih.
Pisau bersetuju soal keterbukaan tentang Fasal 9.3 kerana memberi lebih ruang kepada ahli akar umbi menjadi pemilih .
Pisau tertanya tanya soal Fasal 9.5- Kelayakan Calon Majlis tertinggi yang menyebut " Calon calon yang ingin bertanding untuk mana mana jawatan Ahli majlis tertinggi hendaklah mendaftarkan dirinya dan pernah memegang mana mana jawatan sebagai ahli majlis tertinggi atau ahli jawatankuasa bahagian selama 1 penggal"
Fasal 15.5 menyebut "Calon calon yang ingin bertanding untuk mana mana jawatan ahli jawatankuasa bahagian hendaklah mendaftarkan dirinya dan pernah memegang mana mana jawatan ahli jawatankuasa bahagian atau ahli jawatankuasa cawangan selama satu penggal"
Tetapi yang agak merisaukan Pisau didalam pindaan ada menyebut bagi memastikan agar calon calon dapat melalui proses kepimpinan parti disamping membolehkan mereka menghayati persekitaran politik akar umbi umno dan menjiwai semangat perjuangan parti yang sebenar maka satu kelayakan minimun diletakkan sebagai syarat. Pisau ingin menjelaskan syarat syarat tersebut nampak lebih kepada menyekat peluang pemimpin baru daripadi naik. bayangkan seseorang yang ingin bertanding sebagai ketua pemuda bahagian,harus pernah menyandang sebagai Ajk Bahagian selama 2 penggal baru boleh melayakkan diri untuk bertanding jawatan ketua pemuda. syarat syarat seperti ini juga seolah olah melindungi pemimpin yang menyandang jawatan ketika ini,mereka yang menyandang jawatan seolah olah dilindungi oleh syarat yang jelas menghalang daripada ahli lain bertanding ke jawatan yang lebih tinggi.
Cuba perhatikan syarat untuk bertanding sebagai Presiden parti, sekarang ini kita ada 3 orang Naib Presiden, mereka ini layak untuk bertanding untuk jawatan presiden. Cuba anda banyangkan jika dahulunya 2 orang bertanding untuk merebut jawatan presiden sehingga terjadinya mengharamkan parti,sekarang ini kita ada 4 orang termasuk timbalan presiden yang layak bertanding untuk merebut jawatan presiden parti. yang mengusarkan Pisau jika mereka bertanding sudah pasti menimbulkan pelbagai implikasi yang jelas menjerumus kearah kehancuran. tidakkah anda terfikir natijahnya,jika dahulunya mereka boleh menyogok perwakilan untuk mengundi,tetapi kerana perwakilan yang terlalu ramai barangkali agak mustahil,tetapi bagi calon yang mempunyai dana yang besar mereka boleh berubah arah untuk menyogok kepada pihak media melakukan kempen secara besar besaran untuk meraih undi.
Kalau benar benar mahu menghapuskan rasuah politik,perkara ini harus diberi perhatian!politik wang berjaya dihapus tapi rasuah pada media menjadi persoalan.?
Pisau begitu berharap agar pihak perwakilan menyuarakan bantahan atau pun melanjutkan masa untuk perbahasan tentang pindaan, pisau berpendapat soal perlembagaan parti tidak harus hanya dibahas selama 4 jam di pwtc,sepatutnya harus bincang secara meluas. adakah untung nasib parti hanya mengambil masa 4 jam untuk dibahas?
Pisau begitu berharap,jangan hanya membuat pindaan semata mata untuk menyedapkan hati beberapa kerat pemimpin,tetapi tidak menepati aspirasi kehendak Presiden parti.
Orang umno syok jadi perwakilan sebab dapat baju melayu & sampin free,makan free,hotel free,tapi buang duit buang masa,jadi perwakilan bukan nak berbincang soal parti,tapi menghabiskan duit . Jadilah perwakilan yang bertanggungjawab!
Pisau kata " ingatkan budaya Yes Boss dah kurang dalam umno,rupanya semua pakat jadi yes boss masa persidangan.sedar la sikit wahai perwakilan,jangan terlalu menurut,jangan jadi pak turut"
Nizar OII!! Pindaan Perlembagaan UMNO : Janganlah Hanya Jadi Pak Turut !
Tuesday, October 20, 2009
by Unit Media Baru PPUM
· 1 comments
Filed under: Pindaan Perlembagaan UMNO
Filed under: Pindaan Perlembagaan UMNO
Comments
1 comments to "Nizar OII!! Pindaan Perlembagaan UMNO : Janganlah Hanya Jadi Pak Turut !"salam bro,
saya setuju dengan pandangan tuan berkaitan pindaan yang dibuat, mungkin penerangan berkaitan usul tersebut telah dibuat lebih awal maka mereka tidak payah hendak membahaskan ,itulah sebabnya kita lihat ramai perwakilan tidur semasa perbahasan.Ada baiknya syarat yang dikenakan bukan menyekat yang baru untuk naik tetapi menghalang kegiatan pengswastaan (bertanding untuk projek) baik di cawangan dan bahagian. Jadi hanya mereka yang mempunyai komitmen kepartian yang tinggi dan mendapat sokongan yang berterusan sahaja yang bolih dan layak menawarkan diri untuk bertanding maka pemimpin mee segera dapat dibenteras.
mbs.
Post a Comment