CHANNEL UMB

Nizar OII!! Menarik Minggu Ini Daripada Dr Novandri : Azmin-Zaid Tak Guna dan Guan Eng Menindas Umat Islam !

Tuesday, October 20, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under: , , ,

Guan Eng Menindas Orang Islam di Pulau Pinang.

Dr Novandri Hasan Basri

Berikut adalah pendedahan yang diterangkan oleh YB Shabudin Yahaya tentang campurtangan Guan Eng dan pihak bukan Islam di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap kepentingan Islam di negeri tersebut.




Penulis terkejut dengan pendedahan ini, lebih-lebih lagi campurtangan bukan Islam dan juga sikap bisu pemimpin-pemimpin Islam di PKR dan PAS Pulau Pinang. Mereka itu seolah-olah pekak, buta dan tidak berani mempertahankan hak orang Islam di Pulau Pinang.




Sikap mereka itu pastinya mengecewakan kita semua!

Zaid Tak Guna, Azmin Lagi Tak Guna.

Dr Novandri Hasan Basri

Inilah masaalahnya apabila sesebuah parti itu ditubuhkan berdasarkan rasa kecewa, merajuk dan tidak puas hati. Parti PKR adalah contoh yang terbaik.

Dan senario terbaru di dalam PKR telah membuktikan bahawa adegan merajuk tidak akan lekang di sanubari pemimpin-pemimpin mereka. Zaid Ibrahim adalah contoh terbaru. Kononnya bercuti selama 6 bulan daripada parti tetapi penulis rasa seluruh rakyat Malaysia boleh membaca maksud Zaid Ibrahim itu.

Kenapa perlu Zaid Ibrahim berdolak-dalih dalam hal ini kerana kredibiliti beliau bukannya dihargai langsung oleh Anwar Ibrahim?

Tentu sakit hati Zaid Ibrahim apabila Anwar Ibrahim menghalang beliau daripada satu program di Sabah dan juga penangan Azmin Ali yang semestinya mendapat sokongan padu daripada Anwar Ibrahim.

Si Azmin Ali pula memang tidak boleh diharapkan sejak dari permulaan karier politik beliau sehinggalah ke hari ini. Kekecohan yang berlaku di dalam Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) Sabah jelas menunjukkan betapa rendahnya nilai kepimpinan Azmin Ali selama ini.

Dimanakah Azmin Ali mahu meletakkan muka beliau apabila pemimpin-pemimpin PKR Sabah tidak mahukan beliau sebagai Ketua Perhubungan negeri Sabah?

Dikatakan bahawa 18 daripada 23 ketua bahagian PKR Sabah menolak Azmin Ali.

Azmin Ali tentu sangat malu dengan insiden ini tetapi dalam masa yang sama, penulis bersyukur kerana ianya berlaku supaya Azmin Ali dapat diajar, tidak lagi berlagak dan rendah diri.

Tetapi seperti biasa, Anwar Ibrahim akan pasti mempertahankan Azmin Ali walau pun beliau sendiri tahu bahawa Azmin Ali sudah tidak boleh di pakai lagi.

Comments

2 comments to "Nizar OII!! Menarik Minggu Ini Daripada Dr Novandri : Azmin-Zaid Tak Guna dan Guan Eng Menindas Umat Islam !"
  1. Benar seperti apa yang di kata. Dua dua x ada harga langsung kalau nak di jual. Bagi Free pun orang tak mau. Insyallah PKR akan berkubur tak lama lagi. Saya doa kan UMNO bertambah kukuh demi bangsa Melayu dan Agama Islam yang kita junjung. PAS? dah tak PAS dah.

  2. seronok ssgt bila ade pembaca cina bg komen kat dlm ni tp Galo xfaham lak, sori freefun0616, tolong translate dlm bhs melayu or english blh x? rasa nya nak jg tau ape pendpt di kalangan mrk2 ni. tq