CHANNEL UMB

Nizar OII!! Rasuah Besar Kat Kelantan : PAS Apa Cerita Ni?

Thursday, October 8, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under: ,




oleh Melayu Bersatu

Apabila Islam sekadar alat politik, maka sudah tentulah seseorang atau sesebuah parti itu boleh berceramah tenang Islam, mengecam seteru politik dan mengkafirkan saudara Islam semata mata untuk menunjkkan mereka lebih Islam

pada masa yang sama mereka pula akan mengamalkan rasuah dan pelbagai salah guna kuasa.

Kesah terbaru ini telah dibongkar oleh rakan blogger, RBF yang menyingkap permainan politik wang dalam kerajaan PAS kelantan dan ketua puak Erdogan yang totok pro-Anwar Ibrahim, iaitu Husam Musa.




Menurut RBF Husam, yang kehulu kehilir menjual Islam telah membuat satu perjanjian dengan seorang anak bekas pemimpin Negara yang dikenali lemah fikirannya.

Sebagai seorang yang cekap memanipulasi orang dan juga keadaan, Anwar sedar bahawa anak kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba, iaitu Tamrin sedang menghadapi masalah hutang di keliling pinggang dan memerlukan wang segera.

Oleh kerana Tamrin sudah dikenali sebagai seorang yuang kerap gagal dalam perniagaan, maka susah untuk dia memujuk pemimpin Umno untuk memberinya peluang berniaga dan inilah yang telah dieksploitasi oleh Anwar.


Beliau mula berkawan dengan Tamrin dan akhirnya kini menggunakan Tamrin sebagai serampang dua mata.

Satu cadangan telah diberikan kepada Husam agar menggunakan Tamrin dalam satu usaha membogelkan lebih banyak hutan di Kelantan.

Kali ini Kerajaan Negeri Kelantan, yang gagal untuk menjana ekonomi dan terpaksa bergantung kepada hasil jualan kawasan balak untuk terus bernyawa membuat keputusan untuk meluluskan 10,000 ekar untuk ditebang dan lot balak tersebut tleah dikeluarkan atas nama Tamrin Ghafar.

Rancangan mereka ialah untuk menggunakan isu ini sebagai bukti bahawa PAS juga berkongsi dengan Ahli Umno tetapi pautan Husam kepada wang haram ini telah terbongkar apabila seorang pemimpin PAS yang berada di luar lingkaran elit Nik Aziz-Husam membuak cerita.

Menurut RBF, pemimpin PAS Kelantan telah menceritakan bagaimana tanah balak itu akan dijual kepada pembalak Cina dengan harga RM25 juta.

Wang haram ini akan dipecahkan tiga bahagian, dengan Tamrin dan Husam menerima RM10 juta seorang manakala PAS Pusat akan diberi bahagian kecil RM5 juta.




Sebenarnya kisah ini tidaklah begitu menggemparkan kerana PAS juga parti politik biasa walaupun ia menggunakan Islam sebagai alat penarik peminat dan Husam juga adalah ahli politik biasa yang berjanggt, bermisai dan menggunakan kopiah putih sebagai sebahagian daripada kostum politik beliau.

Kita langsung tidak hairan sekiranya lebih banyak cerita begini akan terbongkar.


Malah bebrapa kisah menarik di Selangor bakal dibongkar dalam masa terdekat dan ia melibatkan pelbagai aktiviti termasuklah industri maksiat, arak dan kongsi gelap.