oleh Maestro Jeffry Damien
Najib ada peluang halau hantu altantuya
penarik beca
Saya tak pernah berkesempatan bercakap dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib pula tak kenal saya.
Saya teringin hendak bertanya Najib, mengapa beliau tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap penyiasat persendirian P Subaramaniam sebaik sahaja penyiasat itu membuat pelbagai tuduhan yang memburukkan Najib dalam akuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008?
Memanglah akuan bersumpah harganya RM4 sahaja. Tetapi, ini bukan soal harga RM4 atau 40 sen. Ini soal apa yang terkandung dalam akuan itu. Ini soal maruah Najib yang digambarkan lebih najis dari taik babi dalam akuan bersumpah itu. Maruah Najib tidak berharga RM4. RM4 bilion pun terlalu kecil harganya.
Jika Najib di pihak yang benar, tidak perlu direkacipta akuan bersumpah Balasubramaniam yang kedua selepas akuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008 itu? Nah, kalau orang memperlecehkan akuan bersumpah yang pertama kerana harganya hanya RM4 sahaja, bukankah akuan bersumpah kedua juga sama nilainya? Nobody can inflate the price of statuory declaration.
Jika Najib dipihak yang benar, apa perlunya operasi meghaibkan Balasubramaniam?
Jika Najib di pihak yang benar, bukankah penyiasat itu rakyat negara ini? Tidak perlu ke luar negara untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau. Najib pula pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Empayarnya di dalam Umno terlalu besar dan tak mungkin dapat dikalahkan oleh Perdana Menteri waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi mahupun menantunya, Khairy Jamaluddin.
Sukar hendak dibayangkan bahawa institusi perundangan boleh dimanipulasikan untuk menganiaya Najib. Orang-orang Umno tidak akan membiarkan perkara seperti itu berlaku jika, katakan, Abdullah dan Khairy mahu memanipulasikan mahkamah untuk memangsakan Najib.
Kini, Balasubramaniam dah nak balik Malaysia dan hidup seperti biasa. Biarkan dia balik dengan bebas tanpa sebarang gangguan dan ancaman.
Selepas itu, perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh Najib ialah mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau. Lawan apa yang disebut-sebut sebagai fitnah penyiasat itu di padang yang sama rata, iaitu mahkamah, walaupun tidak mudah bagi rakyat biasa di negara ini melihat mahkamah di Malaysia sebagai a leveled playing field untuknya.
Najib ada peluang untuk menghalau hantu Altantuya Shaariibuu. - serakah on-line
ARTIKEL DI ATAS ADALAH SATU LAGI LAKONAN DARI SEORANG PELAKON FITNAH YANG CUBA MENGALIHKAN PANDANGAN RAKYAT DARI ISU DALAMAN PAKATAN PEMBANGKANG. KALI INI PELAKON FITNAH MEMBANGKITKAN KES BALA YANG LARI DARI BURUAN PIHAK POLIS. INI HANYALAH SATU UMPANAN DAN MEMANG ITU YANG DI HARAP2KAN SI PELAKON FITNAH AGAR DS NAJIB MENYAMBAR UMPAN YG DI HULURKAN.
BELIAU SEBENARNYA MAHU DS NAJIB MENDAKWA BALA KERANA INI SECARA TAK LANGSUNG AKAN MEMBERI PERSEPSI BAHWA BELIAU MEMANG TERLIBAT DALAM KES INI. TAPI AGAK MENGHAIRANKAN KENAPA BELIAU BEGITU BERIYA2 MEMPERSOALKAN MARUAH DAN AKUAN BERSUMPAH BALA YANG BERHARGA RM4 SEDANGKAN ANUWAR LANGSUNG TIDAK MEMPERDULIKAN SOAL SUMPAH BERKANUN ATAU BERMUBAHALAH..
DI MANA MARUAH ANUWAR SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG? DI PONGGONGNYA ATAU DI KEPALA LUTUTNYA? MASALAHNYA ANUWAR SUDAH TIDAK LAGI MEMPUNYAI NILAI MARUAH DIRI SEKALIPUN BELIAU DILETAKKAN BERSEBELAHAN DGN BABI, APABILA BELIAU MENOLAK MENTAH2 UNTUK MELAKUKAN SUMPAH LAKNAT.
SI PELAKON FITNAH JUGA TERLUPA UTK MENYEBUT NAMA RPK. KALAU BELIAU MASIH INGAT, SEMUANYA BERMULA APABILA RPK MENUDUH DS NAJIB MELALUI ARTIKELNYA BERTAJUK "LET'S SEND THE ALTANTUYA MURDERER TO HELL" DAN DISUSULI DGN AKUAN BERSUMPAH YANG MELIBATKAN ISTERI PM.
BAGAIMANAPUN SELEPAS ITU RAMAI TERTANYA2 KE MANA PERGINYA RPK? BEGITU JUGA DENGAN BALA. SETELAH MELEMPAR BATU, ADAKAH MELARIKAN DIRI ITU MENUNJUKKAN DIRINYA DIPIHAK YANG BENAR? SI PELAKON FITNAH SEHARUSNYA MENASIHATI RPK DAN BALA SUPAYA PULANG DAN MENGHADAPI TUDUHAN DAN SIASATAN JIKA MEREKA RASAKAN DIRI MEREKA TAK BERSALAH.
TIAN CHUA JUGA HARUS DIPERSALAHKAN DALAM HAL INI KERANA BERSUBAHAT MEMFITNAH MENERUSI GAMBAR2 SUPERIMPOSE KASTA RENDAH YANG MEMBERI GAMBARAN SEOLAH2 DS NAJIB MEMANG MENGENALI MENDIANG ALTANTUYA. AKHIRNYA TERBUKTI GAMBAR TERSEBUT DILAKUKAN MENERUSI IMEJ PERTINDIHAN. NAMUN INI SAMA SEKALI TIDAK AKAN MEMBANTUTKAN PERANCANGAN FITNAH PARA PELAKON PEMBANGKANG DI MASA AKAN DATANG SELAGI DS NAJIB BERGELAR PM.
RASANYA TAK PERLULAH SI PELAKON FITNAH INI BERSUSAHPAYAH NAK BERJUMPA DS NAJIB KALAU SETAKAT NAK BERTANYA SOALAN BANGANG MACAM TU. SI PELAKON FITNAH PAKATAN BOLEH MENCIPTA PELBAGAI FITNAH YANG MEREKA MAHU TAPI BERSEDIALAH UNTUK MENANGGUNG RISIKONYA.
Comments
0 comments to "Bala dan Penarik Beca : dua-dua Penipu !"Post a Comment