CHANNEL UMB

Showing posts with label Bala. Show all posts
Showing posts with label Bala. Show all posts

Bala Si Penipu Balaci Anwar dan Raja Petra ?

Tuesday, December 1, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , ,


oleh Encik Kumbang

Pada 10 November lepas melalui kenyataan akhbar, Zulkifli Nordin ada menyatakan bahawa Anwar dan pimpinan PKR telah membincangkan mengenai Strategi Baru untuk melancarkan serangan terhadap Perdana Menteri dalam satu mesyuarat pada 9 November lalu. Ramai tertanya-tanya apakah strategi baru yang direncana Anwar dan Kumbang sempat berbincang dengan rakan-rakan blogger berkenaan hal ini. Rata-rata mereka semua turut bersependapat isu Altantuya sekali lagi akan dimainkan untuk menjatuhkan imej Najib.

Ini dibuktikan dengan cadangan Raja Petra untuk menggunakan Penyiasat Persendirian Balasubramaniam atau Bala yang pernah menjadi saksi kes Altantuya untuk melancarkan serangan ke atas Najib. Anda boleh baca di sini. Untuk rekod Bala telah membuat satu akuan bersumpah mengenai penglibatan Najib dengan kes Altantuya pada julai tahun lalu, tetapi beliau membuat akuan bersumpah lain menafikan perkara itu beberapa hari kemudian. Selepas itu beliau menghilangkan diri.

Raja Petra yang seakan-akan mendapat kontrak baru jutaan ringgit ini pun mula memainkan isu-isu melibatkan Bala di blog beliau iaitu satu temuramah Balasubramaniam yang disiarkan video dan teksnya di seluruh internet.

Yang kelakarnya, peguam Bala segera menafikan penglibatan Anwar di dalam temuramah yang cenderung menjatuhkan Najib itu. Sedangkan sudah jelas semua usaha ini adalah atas cadangan Raja Petra yang menyahut seruan Anwar untuk menyerang Najib.

Dalam pada itu satu perjumpaan Blogger dengan Anwar Ibrahim telah diadakan pada 18 November lalu. Kumbang mencari di internet berkenaan pertemuan ini dan berjumpa sesuatu.Baca di sini. Walau apa pun yang cuba dikelirukan oleh blogger Ummu Asiah ini. Kumbang yakin pertemuan blogger dan Anwar itu pasti membincangkan mengenai strategi untuk menyerang Najib dan Anwar juga memberi kata-kata semangat kepada blogger mereka yang kini sedang kalah dengan amukkan blogger Anti Anwar.

Di saat Komplot Pembangkang yang kini sedang berpecah belah dan blogger-blogger mereka tidak bersatu serta saling berperang di antara satu sama lain. Anwar tahu hanya satu cara untuk menyatukan mereka adalah dengan menggesa untuk konsisten menyerang UMNO dan Najib dengan satu isu universal iaitu isu Altantuya dan menggunakan Bala.

Ini dibuktikan dengan sindiran sinis blogger Aduka Taruna yang menulis seperti di bawah dalam blog beliau :

Kalau PAS takda blogger lulit, kol Anwar. Pinjam blogger diorang sat. PKR bab2 strategi camni, memang bagus. Siap ada watak Bala lagi.. Nak harapkan Pak Lebai Melayu, slow maa...

Pernyataan ini membuktikan blogger PAS Reform ini tahu Bala hanya sekadar merupakan strategi menjatuhkan Najib tidak lebih daripada itu.

Berhubung dengan kaitan Najib dengan Altantuya, Kumbang seperti rakan blogger Faisal Tehrani enggan mengulas mengenai 'barang' yang kami tidak tahu. Cuma Kumbang pernah mendengar pernyataan seorang rakan Kumbang yang bertugas menguruskan keperluan orang kenamaan di Perancis selama 5 tahun. Beliau berkata beliau mengakui ada menerima dan menguruskan kehadiran Najib dan Razak Baginda tetapi tidak pernah melihat kehadiran Altantuya bersama mereka.

Mungkin sebab itu agaknya Najib berani dan yakin bersumpah menafikan beliau pernah mengenali Altantuya kerana sememangnya beliau tidak langsung mengenali Altantuya.

Sekurang-kurangnya Najib telah bersumpah dan Anwar masih takut untuk bersumpah.
Inilah satu-satu perbezaan ketara dua orang politikus ini.

Kumbang bukan pro Najib, tapi jika Anwar benar apa salahnya bersumpah.
Bukankah itu akan menambah keyakinan pengikut beliau ?

Bala dan Penarik Beca : dua-dua Penipu !

Sunday, November 29, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , ,



oleh Maestro Jeffry Damien

Najib ada peluang halau hantu altantuya

penarik beca

Saya tak pernah berkesempatan bercakap dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib pula tak kenal saya.

Saya teringin hendak bertanya Najib, mengapa beliau tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap penyiasat persendirian P Subaramaniam sebaik sahaja penyiasat itu membuat pelbagai tuduhan yang memburukkan Najib dalam akuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008?

Memanglah akuan bersumpah harganya RM4 sahaja. Tetapi, ini bukan soal harga RM4 atau 40 sen. Ini soal apa yang terkandung dalam akuan itu. Ini soal maruah Najib yang digambarkan lebih najis dari taik babi dalam akuan bersumpah itu. Maruah Najib tidak berharga RM4. RM4 bilion pun terlalu kecil harganya.

Jika Najib di pihak yang benar, tidak perlu direkacipta akuan bersumpah Balasubramaniam yang kedua selepas akuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008 itu? Nah, kalau orang memperlecehkan akuan bersumpah yang pertama kerana harganya hanya RM4 sahaja, bukankah akuan bersumpah kedua juga sama nilainya? Nobody can inflate the price of statuory declaration.

Jika Najib dipihak yang benar, apa perlunya operasi meghaibkan Balasubramaniam?

Jika Najib di pihak yang benar, bukankah penyiasat itu rakyat negara ini? Tidak perlu ke luar negara untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau. Najib pula pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Empayarnya di dalam Umno terlalu besar dan tak mungkin dapat dikalahkan oleh Perdana Menteri waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi mahupun menantunya, Khairy Jamaluddin.

Sukar hendak dibayangkan bahawa institusi perundangan boleh dimanipulasikan untuk menganiaya Najib. Orang-orang Umno tidak akan membiarkan perkara seperti itu berlaku jika, katakan, Abdullah dan Khairy mahu memanipulasikan mahkamah untuk memangsakan Najib.

Kini, Balasubramaniam dah nak balik Malaysia dan hidup seperti biasa. Biarkan dia balik dengan bebas tanpa sebarang gangguan dan ancaman.

Selepas itu, perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh Najib ialah mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau. Lawan apa yang disebut-sebut sebagai fitnah penyiasat itu di padang yang sama rata, iaitu mahkamah, walaupun tidak mudah bagi rakyat biasa di negara ini melihat mahkamah di Malaysia sebagai a leveled playing field untuknya.

Najib ada peluang untuk menghalau hantu Altantuya Shaariibuu. - serakah on-line


ARTIKEL DI ATAS ADALAH SATU LAGI LAKONAN DARI SEORANG PELAKON FITNAH YANG CUBA MENGALIHKAN PANDANGAN RAKYAT DARI ISU DALAMAN PAKATAN PEMBANGKANG. KALI INI PELAKON FITNAH MEMBANGKITKAN KES BALA YANG LARI DARI BURUAN PIHAK POLIS. INI HANYALAH SATU UMPANAN DAN MEMANG ITU YANG DI HARAP2KAN SI PELAKON FITNAH AGAR DS NAJIB MENYAMBAR UMPAN YG DI HULURKAN.

BELIAU SEBENARNYA MAHU DS NAJIB MENDAKWA BALA KERANA INI SECARA TAK LANGSUNG AKAN MEMBERI PERSEPSI BAHWA BELIAU MEMANG TERLIBAT DALAM KES INI. TAPI AGAK MENGHAIRANKAN KENAPA BELIAU BEGITU BERIYA2 MEMPERSOALKAN MARUAH DAN AKUAN BERSUMPAH BALA YANG BERHARGA RM4 SEDANGKAN ANUWAR LANGSUNG TIDAK MEMPERDULIKAN SOAL SUMPAH BERKANUN ATAU BERMUBAHALAH..

DI MANA MARUAH ANUWAR SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG? DI PONGGONGNYA ATAU DI KEPALA LUTUTNYA? MASALAHNYA ANUWAR SUDAH TIDAK LAGI MEMPUNYAI NILAI MARUAH DIRI SEKALIPUN BELIAU DILETAKKAN BERSEBELAHAN DGN BABI, APABILA BELIAU MENOLAK MENTAH2 UNTUK MELAKUKAN SUMPAH LAKNAT.

SI PELAKON FITNAH JUGA TERLUPA UTK MENYEBUT NAMA RPK. KALAU BELIAU MASIH INGAT, SEMUANYA BERMULA APABILA RPK MENUDUH DS NAJIB MELALUI ARTIKELNYA BERTAJUK "LET'S SEND THE ALTANTUYA MURDERER TO HELL" DAN DISUSULI DGN AKUAN BERSUMPAH YANG MELIBATKAN ISTERI PM.

BAGAIMANAPUN SELEPAS ITU RAMAI TERTANYA2 KE MANA PERGINYA RPK? BEGITU JUGA DENGAN BALA. SETELAH MELEMPAR BATU, ADAKAH MELARIKAN DIRI ITU MENUNJUKKAN DIRINYA DIPIHAK YANG BENAR? SI PELAKON FITNAH SEHARUSNYA MENASIHATI RPK DAN BALA SUPAYA PULANG DAN MENGHADAPI TUDUHAN DAN SIASATAN JIKA MEREKA RASAKAN DIRI MEREKA TAK BERSALAH.

TIAN CHUA JUGA HARUS DIPERSALAHKAN DALAM HAL INI KERANA BERSUBAHAT MEMFITNAH MENERUSI GAMBAR2 SUPERIMPOSE KASTA RENDAH YANG MEMBERI GAMBARAN SEOLAH2 DS NAJIB MEMANG MENGENALI MENDIANG ALTANTUYA. AKHIRNYA TERBUKTI GAMBAR TERSEBUT DILAKUKAN MENERUSI IMEJ PERTINDIHAN. NAMUN INI SAMA SEKALI TIDAK AKAN MEMBANTUTKAN PERANCANGAN FITNAH PARA PELAKON PEMBANGKANG DI MASA AKAN DATANG SELAGI DS NAJIB BERGELAR PM.

RASANYA TAK PERLULAH SI PELAKON FITNAH INI BERSUSAHPAYAH NAK BERJUMPA DS NAJIB KALAU SETAKAT NAK BERTANYA SOALAN BANGANG MACAM TU. SI PELAKON FITNAH PAKATAN BOLEH MENCIPTA PELBAGAI FITNAH YANG MEREKA MAHU TAPI BERSEDIALAH UNTUK MENANGGUNG RISIKONYA.

Temberang Bala Si Penipu Semakin Terbongkar

Saturday, November 28, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: ,


oleh Mat Cincang

Malaysiakini melaporkan, peguam bagi penyiasat persendirian P. Balasubramaniam berkata, perbicaraan Altantuya telah menimbulkan lebih banyak soalan daripada jawapan di mana bukti tertentu tidak dikemukakan di mahkamah.


Katanya juga, dua anggota unit tindakan khas didapati bersalah membunuh seorang rakyat Mongolia tanpa sebab yang jelas dan perkara itulah yang mengganggu fikiran Balasubramaniam ketika dia membuat SD pertamanya.

Cuba perhati bahagian yang di’bold’ tu betul. Macam ada yang tak kena saja. SD pertama Balasubramaniam tu rasa-rasanya dibuat pada 1 Julai 2008, manakala dua anggota UTK yang dimaksudkan pula didapati bersalah dan dijatuhi hukuman pada 9 April 2009.

Macam mana pula dia boleh kata ‘perkara itulah (hukuman ke atas dua anggota UTK tersebut) mengganggu fikiran Bala ketika dia membuat SD pertama’ sedangkan SD itu dibuat lama sebelum hukuman dijatuhkan?

SD = Akuan Bersumpah

Bala Si Penipu Diupah Anwar?

Thursday, November 26, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: ,


oleh Mesin Taip Buruk (Julai 2008)

Berikut adalah laporan Bernama Online 3 Julai 2008 berhubung pendedahan akuan bersumpah penyiasat persendirian, Balasubrmaniam tentang penglibatan DS Najib dengan Antatuya:

BERNAMA 3 JULAI 2008:
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa meliwat pembantunya baru-baru ini, hari ini mengadakan sidang akhbar untuk mendedahkan Akuan Bersumpah seorang penyiasat persendirian berkaitan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

P.Balasubramaniam, yang membuat pernyataan setebal 16 muka surat pada 1 Julai, mendakwa, bahawa, antara lain, model Mongolia yang dibunuh itu mempunyai hubungan dengan seorang daripada pemimpin tinggi negara.

Penyiasat persendirian itu, yang diupah oleh penganalisis politik Abdul Razak Baginda beberapa hari sebelum Altantuya ditemui mati, turut mendakwa beberapa bukti penting tidak dikemukakan semasa perbicaraan kes itu.

Dan berikut adalah laporan Bernama Online 4 Julai 2008 (yang dipetik pada pukul 2 ptg):

BERNAMA 4 JULAI 2008:
Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang semalam menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dalam akuan bersumpahnya bertarikh 1 Julai, hari ini menarik balik tuduhan itu.

Semua tuduhan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak tepat dan tidak benar, kata Balasubramaniam menerusi peguamnya M. Arulampalam pada sidang akhbar di sini.

"Dengan ini, saya menarik balik seluruh isi kandungan dalam akuan bersumpah saya yang bertarikh 1 Julai 2008. Saya membuat akuan bersumpah itu dalam keadaan tertekan," katanya dalam akuan bersumpahnya yang baru bertarikh hari ini.

Akuan bersumpah yang baru itu menyatakan:"Saya ingin menyatakan bahawa tidak pernah pada bila-bila masa (Abdul) Razak (Abdullah) Baginda memberitahu saya yang beliau diperkenalkan kepada Altantuya Shaaribu oleh seorang VIP dan pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya bahawa Datuk Seri Najib telah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya Shaaribu dan beliau (Altantuya) sanggup mengadakan hubungan seks luar tabii.

"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib mengarahkan Razak Baginda untuk menjaga Altantuya Shaaribu kerana beliau tidak mahu dia (Altantuya) menganggunya kerana beliau ialah Timbalan Perdana Menteri.

MESIN TAIP BURUK:
1. Nampak sangat Anwar telah "membeli" Bala untuk burukkan Najib dan alih perhatian daripada kes liwatnya. Maklum, sebagai penyiasat persendirian Bala tentu sanggup lakukan apa sahaja demi wang. Dalam hal ini, tidak mustahil akuan bersumpah Bala (bertarikh 1 Julai) dibuat atas "suapan" Anwar. Ala dulu masa nak bertanding Timb. Presiden Umno pon Anwar sanggup tabur duit di Sabah.

2. Nampak sangat si Bala dan Anwar sama-sama kaki pembelit. Bala yang seperti cacing kepanasan apabila Najib membuat statement semalam, hari ini menarik balik akuan bersumpahnya. Agaknya dia lupa kes Altantuya masih lagi kes mahkamah dan sedar akuannya itu boleh menyebabkan dia merengkok di penjara, pasal itu dia menarik balik akuan tersebut. (p/s: lawyer yang wakili Bala pun kaki belit jugak...!!)

3. Aku percaya selepas ini Anwar akan kata Najib bayar Bala untuk tarik balik akuan sumpah. Seperti biasa, Anwar akan menyalahkan orang lain dan mencari "kambing hitam" bagi mengelak dia dilihat bersalah.