oleh Dato' Shamsuddin Haji Nawawi
Malaysian Insider's comment "Titah menyokong Kerajaan BN: Itu hak Tuanku Sultan"
Bernama melaporkan "Sultan Pahang Mahu Rakyat Terus Sokong Kerajaan Barisan Nasional"
Malaysian Insider's comment "Titah menyokong Kerajaan BN: Itu hak Tuanku Sultan"
Bernama melaporkan "Sultan Pahang Mahu Rakyat Terus Sokong Kerajaan Barisan Nasional"
Tidak sampai beberapa jam sahaja laporan itu disiarkan oleh Bernama, sebuah laman blog terus mengambil kesempatan untuk membuat "spin" dengan posting yang berbunyi " Sultan Pahang mahu rakyat terus sokong kerajaan Barisan Nasional...!!!satu-satunya Sultan yang terbabit secara lansung (sic) dengan UMNO@BN...????"
Apakah laporan oleh Bernama itu tepat atau hanya "spinning" juga oleh pemberita yang melaporkan?
Kalau dibaca secara teliti, pemberita Bernama menyebut bahawa itu adalah Titah Baginda kepada pemberita.
"Di samping itu, jambatan ini juga akan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi kepada penduduk di sekitar Bandar Tun Razak, Jerantut dan Temerloh di mana ia memendekkan perjalanan menjadi 22 kilometer sahaja dengan memberi manfaat kepada 60,000 orang penduduk dari daerah Jerantut, Temerloh dan Maran," titahnya kepada pemberita selepas melawat tapak jambatan Kuala Krau di sini pada Khamis."Jelas disini bahawa Baginda bukan bertitah kepada rakyat kerana ini bukan petikan titah ucapan yang dibuat dalam majlis yang dihadiri oleh rakyat ditempat Baginda mencemar duli membuat lawatan itu.
Namun, sebagai Raja Pemerintah, Tuanku Sultan adalah berhak untuk bertitah demikian kerana kerajaan yang memerintah sekarang adalah kerajaan yang menjalankan pentadbiran bagi pihak Baginda sebagaimana diperuntukkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.
Tuanku Sultan tidak boleh disalah anggap sebagai terbabit secara langsung dengan politik hanya atas titah yang dilaporkan oleh Bernama itu.
Kuasa untuk menyerahkan pentadbiran Negeri kepada pihak yang baginda yakini; dan dimasa ini adalah Barisan Nasional; adalah kuasa Baginda yang tidak layak dipersoalkan oleh penyokong pembangkang kerana itu adalah termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Pastinya apabila baginda yakin bahawa Barisan Nasional mampu untuk memberi dan membawa pembangunan kepada rakyat dan negeri baginda, baginda sudah seharusnya menyeru dan bertitah kepada rakyat baginda bahawa kerajaan sekarang harus terus disokong.
Perkara yang sama akan dititahkan oleh Tuanku Sultan Kelantan dan Kedah (yang mana kedua-dua Negeri itu ditadbir oleh pimpinan Pas) jika sekiranya kerajaan yang menjalankan pentadbiran bagi pihak baginda, melakukan sesuatu yang baik untuk rakyat baginda.(Itu pun jika ada perkara yang baik dilakukan oleh pimpinan Pas disana!)
Titah baginda Sultan menyeru rakyat meneruskan sesuatu yang baik bukan bererti masuk campur urusan politik! Pembangkang tidak berhak memanupulasi keadaan ini dan jangan bawa Kedaulatan Raja-Raja Melayu ke peringkat yang rendah.
Comments
1 comments to "Nizar OII!!! Komplot Pembangkang Jangan Jatuhkan Kedaulatan Sultan !"Salam bro, memang sudah jelas itulah cita-cita 'pakatan' sekiranya rakyat memberi kuasa pada mereka....
Cuba buka blog : http://patriot1957.blogspot.com dengan blog komunis http://matamin02.blogspot.com lihatlah apa kata tentang Raja/Sultan di Malaysia......
Post a Comment