CHANNEL UMB

Membangun Bersama DAP : Penang Pusat Maksiat?

Thursday, December 10, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under:


Kehadiran ramai pelacur dan kewujudan pusat-pusat hiburan yang menjadi-jadi di Pulau Pinang menunjukkan bahawa Lim Guan Eng terlalu liberal dan tidak memikirkan kesan buruknya kepada rakyat di Pulau Pinang.



Malah, konsep 'perfect only on-paper' kerajaan sosialis DAP iaitu dengan hanya memfokuskan kepada menambah jumlah wang bulanan yang diterima oleh penduduk miskin tegar turut dipersoalkan oleh Datuk Azhar.

Tiada gunanya hanya cantik secara statistik tetapi sebenarnya tidak mencerminkan bantuan asas kepada miskin tegar seperti yang dilaksanakan oleh pemerintahan negeri Pulau Pinang sebelum ini.

Penulis difahamkan bahawa konsep membantu miskin tegar ketika pemerintahan negeri BN adalah lebih menyeluruh dan meliputi segala keperluan mereka seperti pembaikan rumah, bantuan sekolah dan membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada miskin tegar Pulau Pinang.

Penulis bersetuju dengan konsep menyeluruh tersebut. Seperti peribahasa Cina, "kalau diberi ikan, ianya akan habis jua tetapi jika diberi joran, bekalan ikan akan ada sentiasa."

Penulis juga menerima banyak komen yang mengaitkan kerajaan negeri sebelum ini kononnya pemimpin-pemimpin ketika itu tidak banyak membantu kaum Melayu di Pulau Pinang. Malah, ada yang menuduh bahawa Ketua Menteri diberikan begitu sahaja kepada bukan Melayu sedangkan parti UMNO memenangi lebih banyak kerusi ADUN.

Penulis melihat komen ini sebagai tidak benar-benar mengerti kepada perspektif politik negeri Pulau Pinang yang perlu mengambil kira persefahaman dan mengekalkan perpaduan parti-parti politik di peringkat nasional.

Corak politik negara yang berbilang kaum amat memerlukan kerjasama dan tolak ansur yang munasabah di antara parti-parti politik. Tiada jawatan Ketua Menteri tidak bermakna bahawa Melayu tidak mendapat pembelaan daripada pemimpin-pemimpin UMNO di Pulau Pinang.

Tatkala itu, jumlah Exco Negeri yang diwakili oleh pemimpin UMNO adalah ramai dan mereka mempunyai 'bargaining power' yang sangat kuat untuk memantau serta membela nasib Melayu dan agama Islam.

'Bargaining power' ini sudah lupus di dalam kerajaan negeri sosialis Pulau Pinang hari ini! Exco negeri bukan lagi mewakili kepentingan kaum di negeri ini. Penduduk Melayu di negeri Pulau Pinang yang merupakan penduduk majoriti di Pulau Pinang tidak lagi ditafsirkan melalui kuota wakil di dalam Exco negeri DAP.

Melayu diperlekehkan tanpa pembelaan di dalam kerajaan negeri sosialis Pulau Pinang. Dan pendedahan mengenai keakraban Lim Guan Eng dengan sifu beliau, Lee Kuan Yew di Singapura turut menguatkan lagi persoalan yang kita bincangkan ini.

Comments

2 comments to "Membangun Bersama DAP : Penang Pusat Maksiat?"
  1. Assalaamu 'alaikum, Sdra-Sdri yg melayari blog ini,

    Bagaimana seseorang Muslim faham secara benar makna 'maksiat' sngat bergantung kepada bagaimana dia mamahami Islam. Juga sngat berkait rapat kpd bagaimana dia memaknai amar ma'ruf nahi munkar [daripada pandangan syara', bukan daripada pandangan logik akalnya]

    Dari pandangan Islam, maksiat ialah : apa saja perilaku yang bertentangan atau TIDAK ADA KEPATUHAN dengan perintah-perintah & larangan-larangan Allah.

    Jadi, bukan sekadar dgn wujudnya pusat-pusat hiburan, spt lubuk-lubuk judi, pelacuran, pergaulan bebas, arak-arak, peleseran dll yang senada dengannya, spt yang terdapat di PP sahaja, indikasi adanya maksiat.

    Bahkan, maksiat yg PALING BESAR, sehingga merupakan bapa kepada maksiat-maksiat yg lain, adalah: TIDAK DITERAPKAN SYARI'AT DI DALAM KEHIDUPAN, iaitu TIDAK MENGATUR URUSAN KEHIDUPAN & PEMERINTAHAN DENGAN BERLANDASKAN HUKUM-HUKUM SYARA' [SYARI'AT]. Inilah wajah Sekularisme.

    Hal sangat ini jelas, sehingga Allah menetapkan bahawa: 'Sesiapa
    sahaja yang mencari deen [aturan hidup] selain daripda Islam, maka TIDAK akan diterima daripadanya deen itu" [mafhum ayt }

    PASTI, selagi Sekularisme [idelogi yang memisahkan agama (deen) dari urusan kehidupan] ini didukung & dilestarikan untuk mengurus negera & pemerintahan seperti yg berjalan skrang, sgala wajah hodoh & busuk kerosakan hidup [maksiat], bukan saja tidak akan berkurang, bahkan semakin menyendat; bukan sahaja di PP, bahkan di mana-mana sahaja virus kerosakan bawaan ideologi Sekulalirsme ini dapat menjejakkan kaki najisnya; di dlm konteks M'sia: dari Perlis sampai ke Sabah.

    Hanya Daulah Khilafah yang pasti memerangi Sekularisme ini demi memartabatkan manusia kembali di takhta kemuliaannya. Marilah sama-sama memuhasabah seluruh yg punya
    kekuasaan bergerak ke arah itu.

  2. Wee Chee Keong tidak mahu melihat Melayu maju dalam perniagaan..

    kalau ada perniagaan melayu yang maju..beliau cuba cantas..

    di mahu melayu makan gaji aje..dan dia mahu melihat melayu miskin ..merempat..

    itu lah yang ada di dalam benak si wee chee keong ni..

    memang dia ni babi racist...