CHANNEL UMB

BIARKAN GULA NAIK HARGA

Saturday, January 2, 2010 by pisau · 2 comments
Filed under:


Gula telah menjadi satu barang wajib dalam masyarakat kita tanpa mengira bangsa. Malaysia merupakan diantara penguna gula tertinggi dunia walaupun jumlah penduduknya tak sampai 3o juta.

Sebelum perang Israel Mesir 1967, harga gula ialah 15 sen setiap 600gm. Pada ketika itu penggunaan gula amat rendah kerana jumlah penduduk tidak sanpai 10 juta.

Hari ini dengan jumlah penduduk yang mencecah 30 juta. (27 juta) dan pertumbuhan sektor pembuatan makanan maka permintaan gula semakin meningkat.

Dahulu hanya terdapat sebuah kilang memproses gula iaitu gulaperai. dan bahan mentah iaitu gula merah datang dari Fil;ippina.

Perlis dan Kedah merupakan pengeluar gula utama , itu pun belum mampu membekalkan gula kepada pengguna tempatan. Takkala negara lkekurangan gula. syarikat gula tempatan masih mampu mengeksport bahan tersebut ke luar negara kerana harga gula di pasaran dunia amat tinggi. Sperti juga minyak, beras, tepung dan l;ain-lain. gula juga diseludup ke negara juran kerana penyeludup meraih keuntungan besar.

Gula mempunyai kesan negatif terhadap tubuh badan manusia. bagaimanapun pelbagai usaha dan kempen dijalankan oleh kerajaan agar pengguna mengurangkan pengambilannya tetapi ia tidak memberikan impak yang besar kepa rakyat. Gula menjadi sebahagian hidup orang kita. Tanpa gula tidak sempurna hidup mereka.

Walaupun kementerian kesihatan buat 1000 kempen setahun, tahap penggunaannya terus meningkat. Rakyat tidak takut akan obessiti dasn kaki dipotong bila sudash terlalu tinggi kandungan gula dalam darah.

Tidak ramai orang mampu minum kopi dan teh tanpa gula. Satu ketika dahulu TM juga adalah pengguna gula dengan kadar yang tinggi dalam minuman, tetapi setelah melihat kesan buruk gula terhadap tubuh manusia., haari ini TM mampu minum kopi dan teh tanpa gula walaupun sesudu. Jika ada orang yang cuba meletakkan gula dalam minuman TM tetap minum dan selepas itu cepat-cepat cari air kosong untuk menghilangkan rasa manis di lidah, sebenarnya lebih enak dan lazat untuk minum teh dan kopi tanpa gula.

Dicatat oleh TAIPINGMALI (TM)

Comments

2 comments to "BIARKAN GULA NAIK HARGA"
  1. Kalau media massa hebahkan fasal keburukan pengambilan gula berlebihan, macam yang dibuat untuk HINI tu, mungkin ramai orang akan sedar, faham dan takut!

  2. salam..
    perlu ada juga sosialisasi daripada kerajaan supaya rakyat benar2 menerima situasi yang kerajaan sekarang sedang hadapi..

    mohon link nye ye..
    ini link saya

    http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com


    khairul hafidz
    Presiden Persatuan Pelajar (PKPMI) Seindonesia
    UNPAD, Bandung

    thx