CHANNEL UMB

Bulan PAS menghadapi gerhana menjelang malam 2010

Friday, January 1, 2010 by pisau · 3 comments


oleh Yang Gambi

Inilah makbulnya doa tok guru, ungkapan celako……..celako…….celako dari mulut Nik Aziz……………… ungkapan yang selama ini sering ditujukan kepada UMNO, kini terbalik kepada blogger-blogger sendiri…….

Menjelang 1 Januari 2010, Jumaat, bersamaan dengan 15 Muharam 1431 Hijriah bermulaFenomena bermula jam 1.15 pagi, gerhana bulan separa dijangka berlaku dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi. Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi.

Bukan soal gerhana bulan yang hendak diperkatakan, tapi secara kebetulan tahun 2010 disambut oleh parti PAS dengan pelbagai kenangan tidak manis sepanjang tahun 2009. Seolah-olah sedikit demi sedikit sepanjang 2009, gerhana bulan sudah melanda parti PAS yang akan menghadapi tahun 2010.

Penghujung tahun 2009, satu persatu tembelang kemungkaran kepimpinan PAS terserlah,bermula dengan kerajaan perpaduan dari idea Presiden Hadi Awang sehingga muncul kumpulan erdogan dan UG, isu arak Selangor melihatkan Dr Hasan Ali terpinggir.

Belum reda kebaculan kepimpinan PAS menangani karenah DAP menghina Islam bersama sekutunya PKR, timbul pula isu rasuah Haji Menteri Besar, PMBK dikuasai anak menantu, Ketua Penerangan bawa lari anak dara orang dan macam-macam lagi lah………..

PAS juga menghadapi penentangan beberapa pemimpin akan tindak tanduk Nik Aziz dalam mentadbir kerajaan Kelantan…….. habislah Anwar…… kalau Nik Aziz terguling nanti…….

PAS juga akan menghadapi tuntutan saman syarikat balak RM800 juta kepada kerajaan PAS Kelantan, itu pun tuduh dari hasil kerja Kerajaan UMNO……

Kalau ia pun kes itu dari zaman kerajaan UMNO, PAS telah ambil alih sepenuhnya sejak 1990, bererti kerajaan PAS kena ambil alih keseluruhan permasalahan yang belum dapat diselesaikan dari kerajaan UMNO dulu…… kenapa dibiarkan sampai sekarang berlarutan ?

Dengar cerita sepanjang pemerintahan kerajaan PAS, banyak, hutan, gunung, bukit bukau habis licin balak-balak ditebang……….. mana pergi duitnya ?

Mudah sangat kalau macam tu……

Pengakhirnya hari 2009, hari ini kita lihat inilah hasil perjuangan Islam PAS bersama PKR dan DAP apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.

Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut dan akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Dengan keputusan itu, bererti gereja, The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain dibolehkan mengguna perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Inilah hasil perjuangan menegakkan Islam PAS hasil bersekedudukan dengan DAP dan PKR……

InsyaAllah, hasil doa-doa tok guru Nik Aziz untuk melihat kebinasaan dan kehancuran UMNO akan kembali kepada PAS…….. satu persatu kepincangan, kemungkaran, penipuan kepimpinan PAS akan dipentunjuk Allah…………

Comments

3 comments to "Bulan PAS menghadapi gerhana menjelang malam 2010"
  1. nampaknya gerhana PAS ini akan berterusan selagi mereka masih dilindungi oleh 'awan mendung' PKR dan 'roket' DAP.

  2. Ini ahli PAS yang tiap tiap tahun menunaikan haji & umrah dan mendapat haji mabrur. Baca surah Yasin tiap tiap malam. Sembahyang hajat penuh stadium. Apabila jadi penceramah PAS dah mula membuat fitnah, mencarut, mengkafirkan & memburukan sesama sahabat Islam, membuat pembohongan, membiarkan Islam di hina semata inginkan kuasa politik. Apa kah ahli PAS akan masuk syurga walaupun dia bersama Allah?

  3. Assalamualaikum

    Nasib baik ada golongan cerdik pandai bidang perundangan Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim yg memasti undang syariah termaktub dlm perlembagaan. Kalau tidak dah lama Tanah Melayu jadi macam Turki. Berkuasa lebih 50 tahun sepatutnya boleh shj kerajaan melaksankan undang-undang syariah (Hukum Allah). Umno sepatutnya dah lama melaksanakan undang2 syariah ni sbb kuasa ada dlm tangan. Lepas tu yg menghakimi ialah Hakim bukan Islam pulak tu.

    Atas Pagar dululah