CHANNEL UMB

FOKUS PAS HILANG....MERACAU DAN TERUS MERACAU!

Thursday, January 7, 2010 by pisau · 0 comments

oleh des

PAS menuduh Umno menangguk di air keruh dengan mempolitikan isu nama Allah kerana mahu diiktiraf sebagai 'juara rakyat'.

Banyak yang Idris ni senaraikan keburukan UMNO hingga menyebabkan pihak lain berani mengambil kesempatan terhadap Islam. Itu yang PAS kata.

Yang peliknya, sebelum berlaku tsunami politik PRU12 yang lalu, tak ada pula tindakan-tindakan ekstrim sebegini berlaku. Tak ada cabar mencabar antara hak-hak kaum di Malaysia. Tak ada pun penggunaan nama Allah dipohon untuk tujuan berdakwah agama kristian.

Semuanya berlaku apabila PAS (yang sebenarnya memperjuangkan Islam untuk kuasa) sanggup bersekutu dengan kafir semata-mata kepinginkan jawatan. Ada pihak memang telah menunggu lama saat sebegini untuk sokongan terhadap tindakan mereka!

Baiklah, katakan UMNO diamkan sahaja perkara sebegini, rasa-rasa tuan-tuanlah, apa tindakan yang dilakukan oleh pihak PAS?

Pastinya perkara pertama yang dilakukan ialah menyalahkan UMNO/BN jugak, perkara kedua mungkin menyalahkan kerajaan, kemdian menyalahkan UMNO semula, kemudian kerajaan, kemudian UMNO dan begitulah seterusnya parti yang kononnya hebat ini...

Menyalahkan semua pihak tanpa mengira tempat dan waktu walau ketikanya semuanya harus bersatu adalah etika pemimpin PAS yang pendek pemikiran dan gilakan kuasa!

Comments

0 comments to "FOKUS PAS HILANG....MERACAU DAN TERUS MERACAU!"