CHANNEL UMB

Grup Psywar Anwar Dan RPK

Thursday, January 7, 2010 by pisau · 1 comments

oleh dairi anwar

Sejarah sudah tercatat, kemenangan besar PKR pada April 2008 banyak dipengaruhi oleh peranan media internet. Antara yang paling awal berkecimpung adalah Malaysia Today yang digerakkan oleh Raja Petra Kamaruddin. Trafik yang tinggi di Malaysia Today membuatkan Anwar sangat berkeyakinan dengan kemampuan RPK untuk menjahanamkan imej Malaysia.

1. Diari merah Anwar pernah mencatatkan pertemuan demi pertemuan grup psywar Anwar semenjak Mei 2009 dengan RPK bagi mengembangkan pengaruh Malaysia Today untuk memberi kredit atau political mileage kepada PKR. Anwar mempercayai RPK tapi dalam masa yang sama menganggap dia adalah anjing yang boleh mengigit tuan jika tidak dibela dengan betul.

2. Kewujudan Free Anwar Kempen semasa zaman reformasi yang digerak oleh RPK antara penyebab Anwar mengagumi kredibiliti RPK. Antara strateginya memperhebatkan serangan kritikan melalui blog-blog yang proPKR daan mengeksploitasi sebarang isu seperti P.I Bala, skandal PKFZ dan BTN yang akan menyebabkan kerajaan dan media perdana sibuk untuk menyanggah.

3. Kami tahu RPK memang ekspert dalam hal ini dan strateginya adalah untuk menunjukkan kerajaan berada dipihak yang bertahan. Kewujudan buku skandal RM 100 billion oleh Tun Dr. Mahathir juga akan digunakan oleh kumpulan Anwar dengan translate bahasa melayu supaya edarannya akan lebih meluas dalam media internet.

4. Kami sangat berkeyakinan versi melayu pasti akan bertaburan dalam dunia siber nanti.

Comments

1 comments to "Grup Psywar Anwar Dan RPK"
  1. Salam bro, inilah musibahnya kalau terlalu takbur dan derhaka kepada Sultan Perak dan rakyat Perak.... terlalu mengagungkan DAP komunis....