CHANNEL UMB

Allah swt tunjukkan kebenaran!!! Mana Nik Aziz?!

Friday, February 12, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: ,

oleh Tun Faisal

Kalau Nik Aziz boleh hadir dalam perbicaraan liwat Anwar Ibrahim, kita hairan kenapa hari ini wajah Nik Aziz tidak ada sebagai tanda sokongan kepada Nizar Penderhaka. Adakah Nik Aziz murka dengan tindakan Nizar sebelum ini yang membuang perjuangan Islam hanya kerana takutkan DAP? Apakah Nizar sudah dihukum `kafir' mengikut tafsiran Pas dan Nik Aziz?

Balasan `cash' di dunia untuk Nizar?

Apapun drama yang menarik berlaku untuk kes ini, sebelum apa-apa puak pembangkang telah membuat kenyataan menghina mahkamah dengan mengatakan keputusan akan berpihak kepada mereka. Tindakan ini boleh disifatkan sebagai cubaan untuk memberikan tekanan kepada mahkamah dan hakim-hakim. Hari ini juga khabarnya, Nizar ada membuat kenyataan menghina mahkamah dengan mempertikaikan keputusan para hakim. Skrip pembangkang sudah lama kita ketahui, kalau sistem kehakiman negara hanya ADIL jika keputusan mahkamah menyebelahi mereka. Jika tidak, mereka akan mempertikaikannya. Soalnya sampai bila kita hendak membiarkan pembangkang secara berterusan menghina mahkamah?

Drama berterusan hari ini apabila sekumpulan penyokong Pas dengan riya'nya bersolat hajat di hadapan Istana Kehakiman. Jelasnya, walaupun petunjuk telah dimohon, puak ini juga yang tidak redha dan gagal menerima petunjuk dan taqdir daripada Allah swt. Hairan melihat jenis manusia sebegini, yang solat hajat sekadar untuk mencuri perhatian jurugambar, tetapi kosong dari segi rohnya dan iman terhadap petunjuk yang diberi Allah swt.



Ketika diminta memberi respon terhadap apa yang disifatkan oleh wartawan sebagai `kemenangan Datuk Dr Zambry Abd Kadir', Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Datuk Razali Ibrahim menyifatkan kemenangan tadi merupakan kemenangan bagi Institusi Kehakiman yang sentiasa dipertikaikan oleh pihak pembangkang.

Saya melihat ini juga merupakan kemenangan bagi Institusi Raja-raja Melayu yang diderhakai oleh Nizar Penderhaka. Daulat Tuanku!!!!

Comments

0 comments to "Allah swt tunjukkan kebenaran!!! Mana Nik Aziz?!"