CHANNEL UMB

Beranikah Blogger Pakatan Rakyat Kritik Anwar Ibrahim Yang Menyokong Kamal Atartuk?

Friday, February 26, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: ,




oleh Daniel Arif

Semalam Daniel terbaca di blog Ruang Bicara Pria Malaya. Beliau menulis mengenai kononnya Utusan Malaysia mengiktiraf Mustafa Kamal Atartuk di dalam satu rencana yang disiarkan oleh akhbar itu. Kerana seperti sengaja mahu memburukkan Utusan beliau tulis pula semua keburukkan Mustafa Kamal Atartuk untuk menggambarkan Utusan terlampau bodoh untuk menggugat sensitiviti umat Islam. Boleh baca di sini.

Ada tiga perkara blogger itu terlepas pandang dalam menilai adakah benar-benar Utusan mengiktiraf Mustafa Kamal Attartuk.

Pertama, rencana itu bukannya ditulis oleh Utusan Malaysia tetapi dipetik daripada Bernama.

Kedua, akhbar itu menggunakan tajuk "Kemal Ataturk 'bebaskan' wanita Turki". Satu pertanyaan kepada blogger terlampau cerdik itu. Adakah perkataan yang ditulis 'bebaskan' sama maksudnya dengan perkataan bebaskan iaitu tanpa 2 penutup kurungan di atas?

Pada pendapat saya perkataan yang ditulis 'bebaskan' tidak membawa maksud perkataan bebaskan seperti apa yang kita faham tetapi ia membawa maksud lain yang merujuk kebebasan yang negatif.

Saya rasa ramai yang tahu dan bersependapat dengan saya mengenai perkara ini dan boleh disimpulkan tajuk "Kemal Ataturk 'bebaskan' wanita Turki" itu boleh membawa maksud Kamal Attartuk membawa kebebasan yang melampau dan tidak sepatutnya kepada wanita turki. Jadi apa masalahnya?

Jika dilihat kepada kandungan rencana itu pun, ia hanya bersifat melaporkan berita bukan mengiktiraf apa yang dibuat oleh Kamal Attartuk seperti yang dilaporkan oleh blog itu.

Ketiga, saya berasa bersyukur kerana ada juga blogger Pakatan Rakyat masih sensitif dengan apa yang dilakukan oleh Mustafa Kamal Attartuk.

Justeru itu saya mahu meminta beliau untuk menilai ucapan Anwar Ibrahim dalam video di atas yang terang-terang menyokong dan memuji dasar Sekularisme yang dibawa oleh Mustafa Kamal Attartuk.

Saya cabar blogger Ruang Bicara Pria Malaya untuk mengkritik kenyataan Anwar dalam video di atas dalam blog beliau. Jika beliau tidak mampu berbuat begitu. Saya faham beliau hanya mahu mencemarkan imej Utusan Malaysia dan bukan benar-benar ikhlas ingin menentang mereka yang mengiktiraf Mustafa Kamal Attartuk.

Ruang Bicara Pria Malaya adakah anda berani menerima cabaran ini?

Comments

1 comments to "Beranikah Blogger Pakatan Rakyat Kritik Anwar Ibrahim Yang Menyokong Kamal Atartuk?"
  1. Salam bro, puak-puak ini sudah terbiasa diberi tulang, masakan mereka sanggup meenyalak kepada tuannya.....