CHANNEL UMB

Anwar Ibrahim, Aminah Wadud dan kebebasan Wanita

Wednesday, March 10, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments

dari pochong

Menurut laman Era muslim pada hari Ahad lepas sekumpulan perempuan Muslim di Amerika telah mencuba untuk melaksanakan solat di ruang solat utama yang kebiasaanya menjadi tempat solat kaum lelaki- di masjid Agung Islamic Center Washington.

Salah seorang perempuan yang mencuba solat di ruang utama Masjid tersebut bernama Fatma Thompson yang telah memeluk Islam semenjak 18 tahun lalu mengatakan: "Kami ingin menghilangkan halangan dan membolehkan para perempuan dapat solat di belakang laki-laki di ruang solat utama masjid.

Fatma juga mengatakan: "Kami menentang pemisahan atas dasar jenis jantina, kerana hal tersebut tidak sihat dan tidak mencerminkan masyarakat kita," katanya.

Ini merupakan cubaan kali kedua kaum perempuan mencuba melaksanakan solat di ruang utama masjid Agung Islamic Center Washington, pada bulan Februari lalu sekitar dua puluh orang perempuan telah melakukan tindakan yang sama di dewan solat utama yang biasanya khusus untuk lelaki.

Tindakan kumpulan islam di Amerika ini melakukan perkara yang diluar kebiasaan umat islam lakukan sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini telah wujud kontoversi membabitkan Amina Wadud, seorang Profesor Pengajian Islam di Virginia Commonhealth University, yang mengimami solat Jumaat pada tahun 2005 yang dilakukan di Synod House, Gereja Katedral St. John, Manhattan, New York.

Kumpulan Islam liberal di Amerika ini sesunguhnya begitu aktif melakukan ijtihad supaya apa yang diperjuangkan mereka ini adalah selari dengan ajaran islam.

Pada mereka islam yang ada sekarang terlalu konservatif dan seakan menindas hak perempuan.

Anwar Ibrahim sewaktu menjadi Presiden UIA pernah memberi ruang yang besar kepada kelompok ini untuk menyebarkan ideologinya apabila telah membawa masuk tokoh-tokoh islam ala Amerika seperti Amina Wadud dari IIIT Virgina Amerika Syarikat.

Amina sememangnya seorang tokoh Islam Liberal dari Amerika Syarikat yang telah diambil kontrak mengajar dari tahun 1989 hingga 1993 di Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya.

Sila klik sini untuk memahami kenapa semenjak dilantik sebagai Presiden UIA pada 1998, Anwar membawa masuk tokoh-tokoh islam yang lebih cenderung kepada islam Ala Amerika (islam Liberal ) ke Malaysia

Comments

0 comments to "Anwar Ibrahim, Aminah Wadud dan kebebasan Wanita"