CHANNEL UMB

Zul ni nak kemana akhirnya?

Tuesday, March 9, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments

oleh unspinner

Zul baru kenal Anwar Ibrahim ...

Zulkifli Nordin ini sebenarnya banyak bodohnya. Kalau dia stay dalam PKR, pemilihan akan datang dia pasti akan menang dengan sokongan pengundi Melayu. Bukan ada parti yang sesuai untuknya kerana dia bukan tahu akur dengan parti disiplin.

Bagi blog-blog pro-UMNO yang begitu minat memberinya liputan, kami The Unspinners tidak lihat perlu sangat disokong selagi dia tidak buang tabiat sebagai stuntman dan kaki berlakun.

Dalam suratkhabar, dia punya act macamlah dia tu hot stuff. Dia suruh parti-parti yang mahukan dia supaya hantar tawaran. Piiirahhhh!!!

Dia kata dia mahu parti Islam. Tapi Hanpa Maidin peguam Pas sini berkata berikut:
Zulkifli adalah liabliti bukan aset kepada PAS- dan juga mungkin kepada mana-mana parti politik . Tidak tahulah kalau Umno anggap beliau sebagai aset. Saya percaya bagi UMNO Zulkifli hanya berguna selagi beliau berada di PKR atau Pakatan Rakyat kerana bodohlah jika Umno tidak suka pemimpin Pakatan sendiri ingin hancurkan Pakatan !!! Ringkasnya Zulkifli hanya berguna kepada Umno selagi Umno boleh gunakan atau salahgunakan beliau.

Bagi mereka yang tidak tahu dan tidak sedar ,untuk rekod, PAS sebelum ini telah pernah membuat keputusan memecat Y.B Zulkifli apabila beliau melanggar keputusan Majlis Syura yang tidak membenarkan beliau bertanding dalam pilihan raya. Bayangkan semasa beliau masih dalam PAS , beliau dengan tanpa rasa bersalah bertanding dalam pilihan raya atas tiket parti lain tanpa restu parti.
Mahfud pun tidak setuju tetapi Tuan Ibrahim setuju. Baca Malaysia Instinct sini.

Parti Islam yang tinggal untuk Zul pilih adalah parti Nasionalis UMNO. Lainlah kalau dia nak masuk parti nyamuk. Malahan ada sudah menjemput iaitu Aziz Sheikh Fadzir yang dikalahkan Zul di Kulim Bandar Baru.

Rasanya biaq pi lah. Nanti dia ingat dia prima donna politik.

Comments

0 comments to "Zul ni nak kemana akhirnya?"