Oleh: ROSLAN BIAN DAN NOORHASILAH ISMAIL
Bekas Setiausaha PKR Datuk Sallehuddin Hashim hari ini mengesahkan beliau sudah rasmi keluar PKR.
Sewaktu letak jawatan Januari lalu beliau memberitahu masih kekal ahli PKR.
Sementara itu Ahli Parlimen PKR kawasan Nibong Tebal Tan Tee Beng umum keluar PKR pagi ini.
Katanya beliau akan jadi Ahli Parlimen Bebas serta merta.
Pada 24 Februari baru ini Tee Beng mengadap Jawatankuasa Disiplin PKR selama dua jam kerana mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussein Ali.
Katanya beliau ambil keputusan keluar PKR kerana sangat kecewa dengan kepimpinan parti.
Dalam pilihan raya Mac 2008, Tee Beng menewaskan calon Barisan Nasional, Zainal Abidin Osman yang juga penyandang kerusi parlimen Nibong Tebal dengan majoriti 3,087 undi.
Berikutan ini PKR kini tinggal 29 Ahli Parlimen.DAP pula ada 28 dan PAS 23. BN ada 137.
Sallehuddin hadir sama dalam sidang akhbar Tee Beng umum keluar parti.
Menjawab soalan wartawan Sallehuddin menjangka lebih 10 Ahli Parlimen PKR lagi akan bertindak keluar parti.
Katanya antara lain sebabnya ialah mereka kecewa dengan sikap pimpinan parti mengejek macam budak-budak mereka yang kritik dan keluar parti.
Sebelum ini Sallehuddin hadir sama semasa sidang akhbar Ahli Parlimen PKR Bayan Baru umum keluar parti pada 12 Februari.
Dalam pada itu Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin yang sepatutnya mengadap jawatankuasa Disiplin PKR jam 3 petang ini di ibupejabat parti itu di Petaling Jaya ini besar kemungkinan tidak menghadirinya.
Salah seorang anggota jawatankuasa itu,Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang,ketika dihubungi berkata Zulkifli telah membuat beberapa tuntutan sebelum mahu mengadap jawatankuasa itu.
Namun katanya mereka tetap akan tunggu kedatangannya pada jam 3 petang.
Semalam bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohamad Fairus Khairuddin umum keluar PKR untuk masuk UMNO.
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang tambah luka PKR
OLEH LUKMAN ABDULLAH
Tamparan demi tamparan singgah ke Parti Keadilan Rakyat.
Setelah baru-baru ini Ahli Parlimen PKR Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim ucap selamat jalan manakala isu Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu,Zulkifli Nordin makin memuncak,bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin pula menambah luka.
Ahad malam beliau mengumumkan keluar PKR dan seterusnya menandatangani borang UMNO yang kemudiannya diserahkan terus kepada Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Fairus,33 membuat pengumuman itu semasa menyampaikan ucapan ringkasnya di depan Najib pada Majlis Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) di sebuah hotel dekat Ampang.
Najib pula, semasa menyampaikan ucapan sangat tertarik dengan prinsip Fairus meninggalkan PKR yang dikatakan gagal mempertahankan soal prinsip ‘fundamental’ iaitu memartabatkan dan maruah kesucian agama Islam.
“Oleh itu, saya atas nama Presiden UMNO ingin menyatakan bahawa anak muda ini, saudara Fairus, kami terima dengan senang hati…kerana saya tahu bahawa saudara Fairus mengambil keputusan ini atas soal prinsip dan atas soal dasar, bukan kerana jawatan, bukan kerana ganjaran tetapi atas nama perjuangan…sebab itulah beliau…pada hari ini, pada majlis ini, pada malam ini, pada saat ini menjadi anggota kepada parti UMNO…selamat datang saudara Fairus,” kata Najib.
Dalam ucapannya Fairus menjelaskan bahawa perasaan kecewanya semakin memuncak bila isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam sudah tidak dipertahankan oleh pucuk pimpinan PKR.
Beliau juga membuat pendirian tersebut setelah melakukan solat sunat Istikharah selama tiga bulan bagi mencari kepastian dan berjaya mendapat petunjuk jelas mengenai keperluannya meninggalkan PKR.
"Dengan lafaz 'bismillahirrahmanirrahim,' saya dengan ini atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa, tanah air serta kepentingan rakyat Malaysia, saya mengumumkan penyertaan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Dengan sendirinya (saya) keluar PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Insya-Allah saya berdoa agar diberi kekuatan serta bimbingan dalam urusan perjuangan menggunakan wadah baru ini," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hampir 1000 hadirin.
Mohammad Fairus merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti menyepikan diri hampir setahun dari arena politik sebelum muncul semula malam itu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219.
Bagaimanapun beliau meletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pada 8 April 2009 dan sebagai ADUN Penanti pada 16 April tahun yang sama atas alasan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat pasca ijazah.
Dalam majlis tersebut Najib dianugerahkan Anugerah Sandang Mahkota Agung Seri Pelangi Sakti PSSGM.
Beliau disarungkan selempang dan tengkolok oleh Yang Di Pertua PSSGM Datuk Adiwijaya Haji Abdullah.
Anugerah Sandang Kebesaran PSSGM pernah diterima Najib pada tahun 1988 dari Mahaguru PSSGM Datuk Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim.
Turut menerima watikah sandang kebesaran PSSGM ialah Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, Mohammad Fairus dan beberapa orang lain.-28/2/2010 -Agenda Daily

Comments
1 comments to "Semalam 1, Hari Ini 2, selepas ini 10, PKR Semakin Hancur!"Syabas saudara Fairus, semoga matlamat saudara untuk memartabatkan bangsa dan agama Islam di rahmati dan di berkati... Insyallah kami di UMNO ini akan terus bersama-sama utk memperjuangkannya.
Post a Comment