CHANNEL UMB

Anwar 8 Najib 1

Tuesday, May 4, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under:

oleh Paneh Miang

1. Kononnya ramai orang (padahal "ramai orang" itu hanya pembangkang) mempersoalkan kaitan kerajaan dengan APCO Worldwide.

2. Walaupun pelbagai penjelasan telah diberikan kerajaan, malah APCO Worldwide sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa pertubuhan mereka tidak terlibat dengan Israel, namun begitu ramai penjilat Al-Jub yang masih suka mempersoalkan itu dan ini.

3. Biasalah...Bro CIFUT tu memang mahir dalam bab Creative Destruction Strategy. Siapalah yang jadi sifu si CIFUT tu agaknya.

4. Kami nak ajak pembaca Paneh Miang untuk buat perbandingan siapa yang lebih banyak dikaitkan dengan pertubuhan Yahudi di seluruh dunia antara Bro Anwar dengan Mohd Najib. Kita tengok siapa yang kena...


5. Maka jelaslah yang Bro Anwar Bin Ibrahim jauh mendahului Mohd Najib dengan 8 berbalas 1. Itu hanya senarai pertubuhan Yahudi yang kita tahu...yang kita tak tahu entah berapa banyak lagi?

6. Harus diingat bahawa Bro Anwar Bin Ibrahim selama ini TIDAK PERNAH cuba untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia, khususnya kepada penyokongnya sendiri, akan kaitan dirinya dengan pelbagai pertubuhan milik Yahudi.

7. Malah dalam kenyataannya pada 1998, Bro CIFUT mengakui bahawa James Wolfensohn, Madeline Albright, Al-Gore, W. S. Cohen yang kesemuanya Yahudi adalah antara sahabat dan kenalan baiknya.

8. Jika Bro Anwar Bin Ibrahim sendiri GAGAL menjelaskan kaitan dirinya dengan pelbagai pertubuhan milik Yahudi, mengapa pulak dia nak kecoh suruh orang lain jelaskan?

9. Kata dulang paku serpih...

Comments

2 comments to "Anwar 8 Najib 1"
  1. huuu.... :( sian..

  2. Najib lebih jahat kerana dengar nasihat APCO untuk huruharakan politik Malaysia. Bencikan Islam galakkan judi. Sekarang pemikir Melayu hairan dengan Najib yang manjakan kaum lain untuk lanjutkan kuasanya dalam politik. NKRA menjadi gurauan dari universiti ke kedai kopi. Najib Kerja Rosmah Arah. Janganlah mare.