CHANNEL UMB

Mengapa Nasib Polis Ini Tidak Di Perjuangkan Pakatan Rakyat Haram?

Friday, May 7, 2010 by PAPA GOMO · 1 comments
Filed under:



Saksikan lah video temubual rakan blogger Mahaguru 58 bersama Ketua Polis Ampang Jaya dan juga keluarga mangsa dalam mengupas kisah seorang anggota Polis yang telah di langgar lari sehingga menyebabkan Koma hampir setahun.

koperal Khalid Bin Che Rus di langgar lari pada 29 April 2009 di jalan Keramat AU sewaktu pulang dari menjalankan tugas di Balai Polis Ampang. Sebuah kenderaan telah melanggar motosikal Koperal Khalid Bin Che Rus dan menyebabkan beliau terjatuh dan menyebabkan kepalanya terhentak di atas jalanraya dan meninggalkan Koperal Khalid yang tidak sedarkan diri itu.Kenderaan yang melanggar Koperal Khalid telah melarikan diri dan membiarkan Koperal Khalid yang mendapat cedera parah itu tinggal di atas jalan bergelimpangan tampa sebarang bantuan walhalkan ketika kejadiian Koperal Khalid lengkap beruniform.

Akibat dari kemalangan tersebut Koperal Khalid telah mendapat kecederaan yang serius dan menyebabkan beliau koma hampir setahun kesan dari langgar lari terbabit.

Sikap masyarakat hari ini yang tidak prihatin juga turut memberi kesan kepada kes Kemalangan Koperal Khalid ini. Sewaktu Koperal Khalid terbaring kaku di atas jalan orang awam hanya lalu mundar mandir seolah oleh apa yang berlaku ke atas Koperal Khalid ini tidak serius dan tidak penting sama sekali. Dalam keadaan Koperal Khalid yang lengkap beruniform Polis itu pun masyarakat tidak berupaya memberikan bantuan yang selayakknya kepada beliau.

Pihak Polis pada masa Koperal Khalid terlantar Koma selama setahun turut memberikan bantuan dan sokongan kepada beliau. Namun tidak ada pihak NGO, Parti Politik yang menjenguk Khabar Koperal Khalid dan juga memperjuangkan keadilan buat dirinya.

Jika Pakatan Rakyat DAP,PKR dan PAS Jaguh dalam membela keadilan rakyat mengapa tidak di bela Koperal Khalid yang di langgar lari dan menyebabkan beliau KOMA selama hampir setahun. Mengapa tidak di perjuangkan nasib keluarga Koperal Khalid? Mana pergi NGO yang kononya lantang membela keadilan rakyat?

Bila Susah maka ke Polis lah kita mengadu,
Namun untuk memperjuangkan Nasib anggota Polis langsung tidak di berikan perhatian.
Mana Keadilan?
Apakah Polis itu bukan Rakyat Malaysia?

Mana Peguam dari pihak Pakatan Rakyat Haram yang ingin memberikan bantuan kepada Koperal Khalid ini? Mana sumbangan yang wajar di beri kepada Koperal Khalid ini? Kerajaan Negeri Selangor Tutup Mata sahaja.

Kalau dalam kes Arwah Aminulrasyid yang mati di tembak Polis bukan main hebat pemimpin pakatan Rakyat haram ini membela dan memberikan bantuan kepada keluarga si mati. Namun bila ada Polis yang Cedera mahupun Maut ketika menjalankan tugas mereka Pakatan Rakyat Haram ini sedikit pun tidak membantu.

Polis Berkorban Nyawa setiap masa tampa mengira perbatasan mana sekalipun. Apabila keluar bertugas Bukan nyawa mereka yang di fikirkan. Tapi Keselamatan kita rakyat Malaysia yang Pihak Polis ini fikirkan.Busuk nya seorang dua Polis tidak bermakna semua Polis itu Busuk dan Rosak. Maka kewajipan kita dalam memikirkan secara jujur dan nyata apakah sumbangan kita ini pada pihak Polis.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan mahupun sumbangan kepada keluarga Koperal Khalid boleh lah di sumbangkkan melalui akaun:

MAYBANK : 1621-8839-5589
BSN : 1415-7298-8710-44916

ataupun bantuan ke rumah dengan menghubungi Isteri Beliau Puan Satona
di talian 014-2235120
Alamat Kediaman: No 111, Block 9, Jln AU 1A/1, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur

Sumbangan anda bermakna dalam meringankan beban yang di tanggung oleh Koperal Khalid sekeluarga ini.Amin.......

Comments

1 comments to "Mengapa Nasib Polis Ini Tidak Di Perjuangkan Pakatan Rakyat Haram?"
  1. Salam,

    Kenapa jadi begitu? Apakah faktor yg menanamkan anggapan & stigma orang awan terhadap polis sehingga menjadi negatif seburuk itu? Tentu ada akarnya.

    Apakah antara yg tersemat di belakang minda orang awam apabila melihat uniform polis? Banyak: kebencian akan korupsi yg melekat & melingkari departmen ini, dari setinggi tahap jawatan sampai ke serendah2 pangkat; laporan yg disenyapkan; kesetiaan kpd tugas/tanggungjawab utk awam yg dikhianati; stigma bahawa polis hanya patuh kpd orang berkuasa & berduit, bukan utk orang awam secara adil; dsb. lni semua memang anggapan2 tanpa bukti & boleh dipertikai soheh-tidaknya. Tapi siapakah yg dapat menafikan perasaan & tanggapan2 sebegini memang wujud?

    Akhirnya lekatlah satu bentuk stigma dlm minda orang awam tntang polis, iaitu bahawa: jangan percaya polis! Dan lebih teruk lagi, dibenci. Maka, hilanglah rasa simpati & kasihan kepada polis, dan apa2 yg ada berkaitan dgn polis. lni stigmanya.

    lnilah yg menyebabkan apabila ada orang awam lain yg sekadar seolah-olah teraniaya oleh tindakan polis, emosi oleh stigma yg nagatif terhadap polis itu tadi memdorong utk bersimpati & memihak kpd yg seolah-olah teraniaya itu.

    So, janganlah berasa kecil hati jika polis tidak mindapat
    'sambutan' atau layanan sebagaimna
    orang awam memberikan simpati dan layanan kpd pihak2 yg di luar drp lingkungan polis.

    Malang sungguh nasib menjadi polis di Malaysia sehingga terpaksa ditubuhkan satu lembaga khas utk memantau kebersihannya.