CHANNEL UMB

Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts
Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts

Terbongkar semula : Anwar arah DNA Anak 'Azmin' ditukar?

Friday, December 18, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 4 comments
Filed under: , ,



oleh NT Anwar

Pendedahan The Unspinners dua hari lepas (klik di sini) membuka satu lembaran baru dalam kes pertuduhan salah laku seks Anwar-Shamshida 1998.

Dalam perbicaraan kes salah laku Anwar 1998, pihak pendakwa telah mengemukakan saksi ke 21, seorang pakar forensik, Lim Koon Boon telah membentangkan hasil kajiannya, berkenaan dengan 13 kesan tompokan air mani Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin pada tilam yang dirampas pada 10 Julai 1998 dari sebuah unit apartmen mewah Tivoli Villa, tempat yang didakwa berlakunya hubungan seksual antara kedua pasangan itu.

Sebab itu The Unspinners berhujah; "Mereka (penyokong Anwar) berkata air mani Anwar telah diperah sewaktu Anwar tidur atau pengsan dan kemudian disapukan atas tilam itu.
Tetapi penyokong Anwar tidak dapat menjelaskan bagaimana air mani Shamshida boleh disapu atas tilam yang sama?"

Sebab itu juga, walaupun Anwar membawa dua pakar DNA dari luar negara, Dr. Henry Roberts dari Australia dan Dr. Duncan Colin Woods dari Britain, tetapi keshahihan DNA milik Anwar dan Shamshida dari kesan tilam itu tidak dapat disangkal. Bermakna kedua-dua pakar DNA Anwar juga turut bersetuju kesan 13 tompok di atas tilam itu adalah milik Anwar dan Shamshida.

Seperti The Unspinners, seorang lagi blogger bernama X-files Anwar (klik di sini) turut membangkitkan perkara sama, pada 19 November lalu.

X-files mendedahkan; "Menurut maklumat yang sahih, Anwar telah campur tangan mengarahkan Musa Hassan,(ketika itu) pegawai penyiasat kes Anwar melarang Farah Afifah dibawa ke Bukit Aman untuk mengambil sampel darahnya, sebaliknya Anwar mengatakan kepada Musa, terima apa sahaja darah yang telah diberikan oleh Shamshida"

"Dalam masa yang sama Shamshida dikatakan telah berjumpa dengan doktor kenalan Anwar dan mengambil darah anak perempuan sulongnya bernama Farah Shazliyana. Darah Farah Shazliyana itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis"

"Bermakna ujian DNA yang kononnya dikatakan sampel darah Afifah, bukanlah darah kanak-kanak itu sebenarnya, tetapi darah anak sulong Shamshida, Farah Shazliyana."


Bagaimana kes ini timbul semula ?

Kes ini bermula daripada pendedahan Dato Khalid Jafri (arwah) melalui bukunya, "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM". Anwar sendiri membuat laporan polis supaya menangkap penulisnya yang dituduh sebagai fitnah. Hasil siasatan polis mendapati laporan dalam buku ini ada asasnya dan mendakwa Anwar ke mahkamah sehingga Anwar dijatuhi hukuman bersalah dan dipenjara selama 6 tahun di Sungai Buloh.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwa berjaya membuktikan tanpa keraguan, terdapatnya hubungan intim dan salah laku seksual antara Anwar dan Shamshida,di Tivoli Villa. Bukti yang paling kukuh yang tidak disangkal oleh Anwar adalah laporan kimia daripada Lim Koon Boon.

Dalam perbicaraan itu juga, Musa Hassan, pegawai penyiasat Anwar (sekarang Ketua Polis Negara) mendedahkan di mahkamah bahawa Anwar telah campur tangan beberapa kali untuk menutup kes itu terus disiasat.

Kali pertama, pada 30 Ogos 1997: Anwar telah mengarahkannya supaya menghentikan siasatan lanjut mengenai surat layang berkaitan salah laku seks dan homoseksualnya bertajuk ''Talqin Terbuka Untuk Anwar Ibrahim''. Arahan Anwar kepada Musa itu dibuat di hadapan Datuk Ismail Che Rus dan Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri. Klik di sini

Kali kedua, pada 2 September 1998 (pada hari yang sama Anwar dipecat daripada UMNO) : Musa Hassan memberitahu Mahkamah Tinggi beliau telah dipanggil oleh Anwar ke pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri kira-kira pukul 12.20 tengah hari pada 2 September 1998. Dalam pertemuan itu, menurut Musa, Anwar menyatakan kepada beliau, apa gunanya beliau memanggil saksi-saksi untuk merakamkan pernyataan mereka kerana Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar telah menulis surat kepadanya menafikan tohmahan-tohmahan kegiatan seksual dan homoseksual yang dilakukannya. Klik di sini

Semasa perbicaraan itu, Musa Hassan juga turut menyatakan kekecewaannya kerana Anwar telah mengarahkannya supaya tidak membawa kanak-kanak (Afifa) ke Bukit Aman untuk diambil sampel darah, sebaliknya menerima apa sahaja darah yang diberikan oleh Shamshida.

Di kalangan inner circle Anwar (setakat ini penama itu perlu dirahsiakan) mengetahui Shamshida telah membawa Farah Shazliyana (anak sulongnya) dan bukannya Farah Afifah (kanak-kanak yang sepatutnya diambil sampel darah) ke klinik kenalan Anwar Ibrahim. Sampel darah Shazliyana itu telah diserahkan Shamshida kepada pihak polis.

Inner circle Anwar itu turut mendakwa mereka mempunyai bukti nama doktor dan alamat klinik yang telah pemalsuan pengambilan sampel darah tersebut.

Arwah Khalid Jafri, penulis buku 50 Dalil juga turut mengetahui perkara ini. Selepas didapati bersalah di mahkamah akibat kenyataan polis mengesahkan hasil ujian DNA (darah yang diserahkan oleh Shamshida) mendapati pemilik darah itu bukan anak Anwar, arwah Kahlid Jafri berusaha membuat rayuan dengan menyertakan bukti-buktinya serta mendesak ujian DNA dilakukan sekali lagi ke atas Farah Afifa, namun belum sempat rayuan dibuat arwah telah meninggal dunia akibat kencing manis.

Datuk Nallakarupan yang sebelum ini berpihak kepada Anwar, kini telah beralih arah menjadi penentang Anwar.

Pada tahun lepas, Datuk Nalla telah membuat pengakuan bahawa semua tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar pada tahun 1998 adalah benar dan beliau menyesal kerana tidak bekerjasama dengan pihak polis sebelas tahun lepas.

Datuk Nalla merupakan individu penting dalam kes perbicaraan Anwar pada tahun 1998, iaitu orang tengah yang membawa Anwar-Shamshida dalam kereta miliknya, Daimler WBV 37, ke Trivoli Villa, Bangsar.

Ketika itu, Datuk Nalla adalah Pengarah Eksekutif Magnum Corporation (syarikat judi) memiliki dua unit Tivoli Villa (2-5-13 dan 2-5-14), di Tingkat 5, Blok 2 Tivoli Villa, tempat Anwar dan Shamshida didakwa melakukan hubungan terkutuk itu.

Nizar PKR! Ya Benar Azmin Jutawan, Anuar Shaari 'Pengemis' !

Wednesday, November 18, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: ,


oleh Mat Rempit 1 Oren

Semalam gua terbace dekat Malaysian Insider. Azmin nafi dokumen-dokumen saham yang diberi dan diserah oleh Anuar Shaari kepada pihak polis semalam ade kaitan dengan die. Bile ditanye adakah beliau nak saman Anuar Shaari. Kekasih Anwar tu selambe badak je cakap dan soal balik kat wartawan, "“Siapa dia Anuar Shaari? Dia merupakan pengemis politik".

Umang Aih... Berlagak gile mamat ni. Tapi gua setujula ngan mamat ni punye statement sebab gua paham ape maksud die. Die cakap macam tu sebab nak tunjukkan pada semua orang yang Anuar Shaari ni memang tak setanding dengan die dari segi pemilikkan harte. Betullah Anuar Shaari ni kalau nak dibandingkan dengan Azmin ni memang taraf 'pengemis' je. Lainlah macam Azmin, jutawan politik.

Sebab Anuar Shaari ni cume ade bisnes kecil kat melake. Jual barang murah je. Tak pandai makan duit haram. Duduk pun kat uma teres.

Lainlah macam Azmin rumah bersepah, ada kedai jual kete mewah. 1 kete da beratus ribu untung kalau jual.

Kekasih Anwar ni kalau nak tau.. da jadi jutawan sebelum masuk politik lagi iaitu mase kerje ngan orang politik. Siapa lagi? kalau bukan Anwar Berahi.

Tambah sadis bukan setakat Azmin je, isteri ipar duai die pun jadi jutawan. Sumber haram atau halal belakang kire. Pelik jugak keje setiausaha sulit Anwar Berahi.. tapi berniage juta-juta.

Jauh bezenye Kekasih Anwar ni dengan Anuar Shaari. Sebab tu die dengan berlagaknye cakap, Anuar Shaari ni cume 'pengemis' politik je.

Sebab ape? sebab die da bergelar jutawan politik. Tapi sekurang-kurangnya Anuar Shaari da tobat masuk UMNO sebab meluat tengok pasangan kekasih Anwar dan Azmin bermadu asmara dalam PKR. Yang Azmin ni..tak tau lagi bile nak tobat.

Tang nafi ni satu hal, mamat kekasih Anwar ni main nafi je, tapi langsung tak tengok dokumen-dokumen tu. Kalau menggelabah pun tengokla kejap oi.

Entah-entah mane tau lu terlupe perna beli saham tu melalui sumber pinjaman yang halal dan bersih ke.

Ataupun sememangnye lu, Azmin da confirm sangat yang semue dokumen-dokumen kontroversi melibatkan lu da berjaye dihapuskan sebelum lu and the gang berambus dari pejabat TPM dulu.

Ni tibe-tibe mamat kekasih Anwar ni terus je nafi. Tak gentlemant langsung. Die punye beloved Anwar Berahi pun same... siap cakap lagi yang Anuar Shaari ini diupah.

Langsung gua tak caye. Jap gua kol Anuar Shaari tanye.

Gua : Bro lu kena upah ke.. bagi statement kat polis semalam.
Anuar Shaari : Manede..
Gua : Abes tu nuar berahi cakap cam tu.
Anuar Shaari : Ek eleh lu percaye ke cakap die. Tengok 16 September la jadi ke die cakap..
kalau gua dapat duit..da lame da gua belanje lu 8 kilo lipan.
Gua : Betul jugak ye..asal la gua tak pikir tadi..

tut..tut.. terputus da.

Lu tengok.. sebab tu gua malas percaye ngan Anwar dan kekasih die ni. Cakap main lepas je entah betul entah tidak. Tengok sandiwara 16 September la. Sampai ari ni pun tak jadi. Kerat lapan pun gua tak percayela ape Anwar Berahi cakap.

Nak tau pasal Azmin yang berahi dengan Anwar ni lu tengok sini,sini dan sini.

Nak tengok dokumen-dokumen yang dikaitkan dengan Azmin semalam? Ok lu orang tengok blog YB Gap kat sini.

Adios Amigos.. Pada lu orang jangan merempit..bahaye. Lebih baik lu orang ikut gua masuk UMNO. Kita lawan Anwar yang sedang berahi tu.

Nizar PKR! Kah Kah Kah Azmin Kantoi Lagi!

Tuesday, November 17, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: ,



oleh Agenda Daily

Jika selama ini ia hanya cakap-cakap, pagi Selasa bekas Setiausaha Sulit (SUS) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan (1996-1998), Anuar Shaari tampil mengemukakan salinan asal dokumen pemilikan saham dan penyata akaun bank Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Tahrin.

Dengan dokumen itu, beliau kemudiannya membuat laporan polis kepada Bahagian Jenayah Perdagangan PDRM di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

Pada sidang media sebelum membuat laporan polis, Anuar berkata, dokumen yang mengandungi bukti pemilikan saham sebanyak RM2 juta milik Azmin dan Shamsidar serta penyata akuan bank Shamsidar sebanyak RM8 juta akan diserahkan kepada polis untuk menetukan kesahihan dokumen terseut dan seterusnya melakukan siasatan.

“Saya datang pada hari ini untuk mencari kebenaran bukannya hendak menghukum. Masyarakat hendak tahu kebenaran isu yang kini hangat diperkatakan termasuk para penyokong Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah dan Azmin.

“Wan Azizah sendiri mesti hendak tahu kenapa Shamsidar boleh mempunyai saham dan wang sebanyak itu,” katanya.

Anuar tampil membuat laporan polis berkenaan ekoran isu pemilikan saham yang didakwa melibatkan Azmin dan Shamsidar heboh diperkatakan kebelakangan ini. Anwar dan Azmin sebelum telah tampil menafikan ada memiliki saham seperti yang didakwa.

Anuar selain pernah menjadi SUS bagi tempoh 1996 hingga 1998, juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Wan Azizah dan Ketua Bahagian PKR PErmatang Pauh sebelum keluar meninggalkan parti itu pada tahun 2007.

Menurut Anuar beliau membuat pendedahan ini kerana ia juga ada kaitan dengan Anwar memandangkan semasa perolehan saham dan wang tersebut yang berlaku pada tahun 1992 hingga 1994, Azmin bertugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Anwar yang pad ketika itu Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

“Saya minta kepada nama-nama yang disebut ini jangan panik kerana kita hendak mencari kebenaran. Jangan nanti timbul pula dakwaan wujudnya konspirasi atau saya dibayar untuk membuat pendedahan ini,” ujar beliau.

Mengenai pendedahan itu, Anuar berkata, jumlah yang dinyatakannya itu adalah selari dengan apa yang diperkatakan sekarang.

Ditanya kenapa setelah sekian lama baru pendedahan ini hendak dibuat, Anuar berkata, beliau hanya akan membuat penjelasan itu kepada pihak polis. – 17/11/2009

Nizar OII!!! Kah Kah Kah ! Komplot Pembangkang Sama Retak, Sama Pecah dan Sama Hancur!

Friday, October 30, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 13 comments
Filed under: , , ,


saudara nazmi rosli (berbaju merah) merupakan setpol ezam mohd nor.

oleh YB GAP

orkestra politik. hari ini ada konspirasi yang cukup panas. watak utamanya adalah adun pelabuhan klang yb badrul hisham. selama 3 bulan ceritera satira politik akan tumbangnya kerajaan pakatan selangor bermain di medan maya. dari hari sehari ia semakin menampakkan realitinya. badrul hisham telah menongkah arus.

ini cerita di belakang tabir. punyai versi berbeza namun di pengakhirannya menjurus kepada lorong yang sama.

konspirasi pertama aku mulakan di pejabat menteri besar. kalid gagap punyai musuh dalam selimut. nik nazmi merupakan setpol kalid, namun dalam diam nik nazmi bertindak sebagai mata dan telinga kepada kekasih anwar, azmin ali. azmin sudah lama mengidamkan kerusi empuk menteri besar.

pada asal perjanjian pasca kemenangan dalam pilihanraya mac 2008, azmin ali antara disebut sebagai calon favourite menjawat jawatan menteri besar. di saat kegembiraan itu, anwar tersilap bicara. terlepas cakap di hadapan wartawan dengan mengumumkan perlantikan khalid sebagai menteri besar. azmin merajuk jiwa, namun seperti biasa anwar attaturk menggunakan minyak guna-guna, azmin bisa dilantik sebagai menteri kewangan dalam agenda perancangan merampas kerajaan tanggal 16 september.

azmin sejuk buat sementara. konspirasi menendang keluar yahya shari menjadi kenyataan. di situ azmin melihat ruang. azmin tahu anwar sayang dan kasih padanya, lalu diminta agar nik nazmi diletakkan di pejabat mb,bertindak sebagai proksi juga mata dan telinganya. nik nazmi dilantik sebagai setpol, anak muda ini terhutang budi namun belum lagi tergadai bodi, yes bos ambo menurut perintah mu. azmin menepuk bahu nik nazmi tanda kowtim dimeterai.

khalid gagap harus dihancurkan karektornya. dia harus dikenakan karektor assasination agar mudah azmin meloloskan diri menjadi memanda di negeri hebat lagi kaya. badrul hisham menjadi kambing hitam.

segala report dan bisikan dari nik nazmi kepada kalid gagap lebih banyak bau busuk dari wangi. sir, badrul mental, sir badrul tido, sir badrul nak masuk umno,sir rakyat tak suka badrul ..sir sir sir..itulah bisikan halus yang dilakukan secara hentam tubi oleh nik nazmi. dengan harapan agar kalid gagap terpengaruh dan teruji.

pelandok masuk perangkap, kalid gagap akhirnya berjaya dipengaruhi. nik nazmi sebagai adun seri setia kini memegang peruntukan dun pelabuhan klang. badrul semakin sakit hati. penghinaan diterima dengan hati sabar namun nun jauh di sudut diri dia sebenarnya sedang terbakar hati..

badrul sila berambos,badrul boleh jalan. dek kerana hasutan nik nazmi, kalid gagap memberi amaran yang bisa memakan diri. satu surat tunjuk sebab telah diberikan kepada badrul hisham agar melepaskan jawatan sebagai adun.

disini konspirasi bermula. badrul diarah menjawap surat tunjuk sebab. tanpa diketahui kalid gagap, badrul sebenarnya sudah lama menjawap surat balas tersebut. bukti cop terima daripada pejabat menteri besar telah berlaku. tarikhnya 2september.. rupanya surat itu TIDAK SAMPAI ke tangan kalid. siapa punya angkara ? sudah tentulah nik nazmi yang bercita-cita tinggi..

apa cita-citanya ? tiada lain mahu menjadi ketua AMK pusat menggantikan shamsul iskandar. ini janji azmin kepada nik nazmi, akan aku sponsor kempen mu nanti..

diatas adalah konspirasi satu pihak yang cuba merampas tahta kerajaan negeri. namun nik nazmi dan azmin lupa bahawa kalid gagap juga punyai soldier dan soldadu sendiri. seluruh barisan exconya sedia mati mempertahankan kalid gagap daripada ditumbangkan oleh puak oposisi..malam ini ada 2 mesyuarat berasingan pkr selangor, satu kem protestan dan satu lagi katolik. siapa dapat checkmate siapa menjadi agenda penting mesyuarat malam ini.

tahniah kepada setpol ezam, nazmi rosli yang berada di sebelah badrul hisham pada petang tadi.perancangan 'kita' akhirnya menjadi..badrul hisham telah menempelak anwar dalam kes al-liwati. isu saiful bakal menggegarkan lagi jiwa pengamal seksualiti sumbang anwar attaturki..badrul akhirnya telah menempeleng muka kalid dan anwar attaturki pada hari yang bertuah tadi !

lihat pada penghujung artikel malaysiakini, katanya didapati ramai 'orang-orang' ezam berada di sidang akhbar petang tadi..mulai hari ini aku yakin pakatan selangor tidak senang tido lagi !
http://www.malaysiakini.com/news/116238

Nizar OII!!! Kah Kah Kah : Azmin Sudah Kecewakan Kekasih!

by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under: ,


oleh Encik Kumbang

Kumbang menarik keputusan untuk bersara daripada dunia blogger apabila mendengar berita gembira daripada team anti Anwar di Selangor iaitu Badrul Hisham adun Pelabuhan Klang mengisytiharkan keluar PKR dan mengumumkan keluar parti. Sebab-sebabnya adalah kerana beliau syak terhadap Anwar berhubung kes liwat yang melibatkan Ketua Umum PKR itu dan rasa dianaktirikan oleh kepimpinan kerajaan Selangor iaitu tidak memberi peruntukkan wang kawasan kepadanya.

Dalam pada itu timbul desas-desus mengatakan Badrul kecewa dengan kegagalan PKR memainkan peranan dalam kerajaan negeri untuk memperjuangkan agenda melayu dan Islam. Contohnya apabila banyak projek kerajaan negeri diberikan kepada hanya 1 bangsa(cina) dan kroni individu tertentu sahaja dalam PKR sendiri. Beliau juga dikatakan jelek dengan sesetengah individu di dalam kerajaan negeri yang mengkritik dan mengutuk Hassan Ali memperjuangkan isu Arak dan kebajikan kakitangan awam di Selangor sedangkan isu ini melibatkan keadilan dan agama Islam iaitu 2 perkara yang dijamin oleh kerajaan negeri.

Isu yang disedari oleh Badrul dan rasa bertanggungjawab beliau inilah yang menyebabkan mereka yang berada di dalam PKR ingin menyingkirkan beliau supaya melepaskan jawatan. Penyingkiran Badrul ini dikatakan disedari dan direncana oleh Anwar Ibrahim sendiri ,sebagai bukti beliau dikatakan menghadiri rumah terbuka di Pelabuhan Klang pada hari mengundi Bagan Pinang sebagai memulakan kempen PKR di sana kerana Anwar sendiri merasakan Badrul sebagai adun akan disingkirkan oleh kerajaan negeri dan disuruh letak jawatan dalam masa terdekat.

Anwar sendiri dikatakan meramal PRK di dun Pelabuhan Klang sebagai pilihanraya terdekat selepas PRK Bagan Pinang untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat kepada PKR dan Komplot Pembangkang. Anwar sendiri juga dikatakan sudah ingin meletakkan Ustaz Badrul Amin sebagai calon di PRK Pelabuhan Klang dan hanya ingin menunggu Khalid Ibrahim mencipta alasan konkrit untuk menyingkirkan Badrul Hisyam daripada jawatan adun Pelabuhan Klang.

Malang sekali percaturan Anwar ini musnah akibat satu konspirasi melibatkan individu yang bercita-cita tinggi di dalam PKR dan menyebabkan Badrul dengan segera angkat kaki daripada PKR. Isunya mudah apabila Khalid Ibrahim dikatakan menyuruh Badrul meletakkan jawatan kerana tidak menjawab surat tunjuk sebab daripada PKR. Ini mengakibatkan Badrul berang apabila beliau telah pun menjawab surat tunjuk sebab dengan cop penerimaan pejabat MB Selangor sebagai bukti dan terus mengumumkan perletakkan jawatan semalam.

Ironinya, Khalid telah terjerat dengan taktikal politik bangsat Setiausaha Politiknya apabila Nik Nazmi dikatakan menyembunyikan jawapan surat tunjuk sebab yang ditulis Badrul dan menyebabkan Khalid yang tidak tahu apa-apa mengeluarkan terus arahan supaya Badrul meletak jawatan. Tindakan Nik Nazmi ini dikatakan atas arahan Azmin Ali yang dikatakan akan menaja pemimpin muda itu untuk jawatan Ketua AMK Pusat.

Azmin Ali yang mengetahui penglibatan Nik Nazmi sebelum itu dalam usaha menyingkirkan Badrul Hisham dengan menyekat peruntukkan kepada adun berkenaan terus menggunakan kesempatan ini untuk mengenakan Khalid Ibrahim yang sepenuhnya mempercayai Nik Nazmi dan mengeluarkan terus kenyataan agar Badrul meletak jawatan tanpa sebab yang munasabah, akibatnya Badrul terus mengumumkan keluar daripada PKR.

Azmin Ali sudah menjadi rahsia umum ingin menjatuhkan Khalid dan ingin memegang jawatan Menteri Besar selangor. Malangnya perkara ini dapat dihidu oleh gerakan anti Anwar di Selangor hasil bantuan informer daripada dalam PKR Selangor dan menyalurkan maklumat terus kepada Kumbang.

Langkah Badrul ini dikatakan akan diteruskan oleh seorang ahli Parlimen dan seorang adun di Selangor dalam masa terdekat dan akan melengkapkan kemusnahan PKR pada peristiwa yang dipanggil 'Tragedi Oktober PKR'. Tragedi Oktober PKR ini telah memperlihatkan kita PKR sebagai satu parti yang rapuh apabila pelbagai perkara terjadi seperti krisis PKR di Sabah yang melibatkan Azmin Ali, Zaid Ibrahim dan Jeffrey Kitingan serta krisis PKR Sarawak yang mungkin akan menyebabkan perpecahan lebih besar dengan perlantikan Bian Baru mengetuai PKR.

Khulasahnya perletakkan jawatan Badrul Hisham ini akan menimbulkan konflik baru antara Anwar Ibrahim dan Azmin Ali kerana Azmin Ali sendiri secara sengaja menggagalkan rancangan Anwar untuk menyingkirkan Badrul Hisham.
Tapikah adakah perkara ini akan mengakibatkan Anwar marah pada Azmin atau sekadar 'merajuk manja' dan tidak berbuat apa-apa?

Kita sama-sama lihat apa dia tindakan Anwar selepas ini yang sekian kali menyelamatkan Azmin Ali dalam pelbagai krisis. Kumbang berani menyatakan jika PKR akan hancur ia mesti disebabkan seorang pemimpin bernama Azmin Ali.

Yang nyata semalam, Wan Azizah tersenyum gembira kerana musuhnya Azmin Ali telah menggagalkan rancangan Anwar dan menyebabkan hati Anwar mungkin mula terdetik untuk membenci Azmin.

Nizar OII!! Menarik Minggu Ini Daripada Dr Novandri : Azmin-Zaid Tak Guna dan Guan Eng Menindas Umat Islam !

Tuesday, October 20, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under: , , ,

Guan Eng Menindas Orang Islam di Pulau Pinang.

Dr Novandri Hasan Basri

Berikut adalah pendedahan yang diterangkan oleh YB Shabudin Yahaya tentang campurtangan Guan Eng dan pihak bukan Islam di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap kepentingan Islam di negeri tersebut.




Penulis terkejut dengan pendedahan ini, lebih-lebih lagi campurtangan bukan Islam dan juga sikap bisu pemimpin-pemimpin Islam di PKR dan PAS Pulau Pinang. Mereka itu seolah-olah pekak, buta dan tidak berani mempertahankan hak orang Islam di Pulau Pinang.




Sikap mereka itu pastinya mengecewakan kita semua!

Zaid Tak Guna, Azmin Lagi Tak Guna.

Dr Novandri Hasan Basri

Inilah masaalahnya apabila sesebuah parti itu ditubuhkan berdasarkan rasa kecewa, merajuk dan tidak puas hati. Parti PKR adalah contoh yang terbaik.

Dan senario terbaru di dalam PKR telah membuktikan bahawa adegan merajuk tidak akan lekang di sanubari pemimpin-pemimpin mereka. Zaid Ibrahim adalah contoh terbaru. Kononnya bercuti selama 6 bulan daripada parti tetapi penulis rasa seluruh rakyat Malaysia boleh membaca maksud Zaid Ibrahim itu.

Kenapa perlu Zaid Ibrahim berdolak-dalih dalam hal ini kerana kredibiliti beliau bukannya dihargai langsung oleh Anwar Ibrahim?

Tentu sakit hati Zaid Ibrahim apabila Anwar Ibrahim menghalang beliau daripada satu program di Sabah dan juga penangan Azmin Ali yang semestinya mendapat sokongan padu daripada Anwar Ibrahim.

Si Azmin Ali pula memang tidak boleh diharapkan sejak dari permulaan karier politik beliau sehinggalah ke hari ini. Kekecohan yang berlaku di dalam Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) Sabah jelas menunjukkan betapa rendahnya nilai kepimpinan Azmin Ali selama ini.

Dimanakah Azmin Ali mahu meletakkan muka beliau apabila pemimpin-pemimpin PKR Sabah tidak mahukan beliau sebagai Ketua Perhubungan negeri Sabah?

Dikatakan bahawa 18 daripada 23 ketua bahagian PKR Sabah menolak Azmin Ali.

Azmin Ali tentu sangat malu dengan insiden ini tetapi dalam masa yang sama, penulis bersyukur kerana ianya berlaku supaya Azmin Ali dapat diajar, tidak lagi berlagak dan rendah diri.

Tetapi seperti biasa, Anwar Ibrahim akan pasti mempertahankan Azmin Ali walau pun beliau sendiri tahu bahawa Azmin Ali sudah tidak boleh di pakai lagi.