CHANNEL UMB

Showing posts with label Calon BN. Show all posts
Showing posts with label Calon BN. Show all posts

Nizar OII!!! Komplot Pembangkang atau UMNO Yang Salah Guna Kuasa?

Thursday, October 8, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , , ,



oleh Melayu Bersatu

Entahlah, itulah yang selalu disalakkan oleh Pakatan tetapi tengoklah gambar gambar ni.. PAS kata papan tanda ini bersifat rasis ataupun menimbulkan ketegangan??huh??? bacalah sendiri apa yang ditulis dan bezakan dengan apa yang ditulis pada papan tanda Pakatan yang memaparkan tuduhan liar


Buka jangan tak buka

Habis dibuka

Majlis Perbandaran Port Dickson telah menurunkan semua Papan tanda BN yang menerima komplen dari Pakatan


Mana lebih offensive, papan tanda BN atau yang ni??

MPPD takut dengan Ronnie Liu kot...
Tapi bila BN komplen, MPPD tak berani pulak nak turunkan papan tanda Pakatan....


mungkin diaorang takut Ronnie Liu ajak geng-geng dia dari Selangor kot??

entahlah


PAS OII!! Nizar Menipu Di Bagan Pinang

by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: , ,


oleh Selamatkan Perak

HARI ini dalam akhbar Sinar Harian mukasurat N5 dilaporkan bagaimana Nizar Jamaludin cuba membohongi warga Bagan Pinang. Dalam ceramahnya di Markas Induk PAS bagi PRK Bagan Pinang Nizar mendakwa TS Muhyiddin Yasin tidak mengiringi calon BN TS Isa Samad sewaktu penamaan calon.

Nampak sangat Nizar ni dah gila teruk!

Macam ini ke sikap pemimpin? Patutla anak-anak buahnya di Perak ni macam samseng sebab selalu kena tipu dengan Nizar. Buat pengetahuan pengundi Bagan Pinang, jangan percaya Nizar ni, dialah yang menjadi punca kekalutan di Perak.

Nizar bersama-sama Ngeh, Nga dan Siva yang menghuru-harakan Perak. Belajar dari kesilapan pengundi Perak dalam PRU lepas kerana memberikan undi kepada samseng-samseng jalanan ini. Jangan dah terhantuk baru tengadah!

Nizar OII!! Pemuda PAS Kacau Perempuan : Patutla Kena Pukul!

by Unit Media Baru PPUM · 3 comments
Filed under: , ,





oleh Encik Gomo

Petang Tadi satu Insident pergaduhan yang melibatkan antara petugas Pas dan juga Petugas UMNO di Taman Dato Hj Abdul Samad berhampiran Taman permainan.Mangsa Mohd Sahid dipukul beramai-ramai oleh lebih kurang 100 orang pemuda UMNO di Taman berkenaan.Beliau yang ketika itu cuba melarikan diri akan tetapi ia dihalang oleh pemuda UMNO Pulau Pinang dan mengakibatkan Beliau mengalami kecederaan yang teruk.Beliau juga telah dibawa ke Hospital P.Dickson bagi menerima rawatan.

DIPETIK DARI BLOGG SYA REFORMIS!!!

HUA...HUA..HUA...
CUBA BACA BETUL-BETUL DAN FAHAMI CERITA DI ATAS INI!!!

Mangsa Mohd Sahid dipukul beramai-ramai oleh lebih kurang 100 orang pemuda UMNO di Taman berkenaan.

APAKAH SESEORANG YANG DI PUKUL SEHINGGA 100 ORANG MAMPU BERTAHAN SEDEMIKIAN RUPA???
MELIHAT DARI KECEDERAAN NYA ADALAH TIDAK LOGIK APABILA 100 ORANG YANG MEMUKUL PEMUDA ITU.

Beliau yang ketika itu cuba melarikan diri akan tetapi ia dihalang oleh pemuda UMNO Pulau Pinang dan mengakibatkan Beliau mengalami kecederaan yang teruk.

BELIAU YANG KETIKA ITU CUBA MELARIKAN DIRI???
PASAL APA PEMUDA ITU MELARIKAN DIRI???
MELARIKAN DIRI DARI SIAPA???

HE HE HE.....
NI LAH FITNAH YANG DATANG DARI KEPIMPINAN PAKATAN HARAM!!!
SUDAH TIDAK ADA MODAL MAKA DICANANG YANG UMNO TELAH MEMUKUL PEMUDA INI. BLOGGER UPAHAN JUGA YANG TELAH MENDAPAT MANDAT BAGI MENYEBARKAN CERITA FITNAH INI.....

INILAH CARA PAKATAN HARAM!!!

APA YANG SEBENARNYA???
PEMUDA YANG DIPUKUL INI SEBENARNYA TELAH MELAKUKAN KESALAHAN DENGAN PENDUDUK TEMPATAN DI KAWASAN BERKENAAN. PEMUDA INI DILAPORKAN TELAH MENGGANGU SEORANG WANITA DI KAWASAN BERKENAAN.

KEJADIAN PUKUL MEMUKUL SEBENARNYA TIDAK BERLAKU ANTARA AHLI UMNO PULAU PINANG SEPERTI YANG DIFITNAH PAKATAN HARAM INI. SEBALIKNYA PEMUDA INI TELAH BERGELUT DENGAN SEORANG PENDUDUK TEMPATAN YANG MANA ABANG KEPADA WANITA BERKENAAN.

SO TAKPAYAH LAH NAK FITNAH SANA SINI. CUKUPLAH DOSA YANG DI SEBARKAN PAKATAN HARAM INI KEPADA RAKYAT. AL-QURAN DAN HADIS MEREKA SANGGUP PERKOTAK-KATIKAN, APATAH LAGI DENGAN FITNAH SEBEGINI.

PAKATAN PEMBANGKANG PARTI FITNAH MALAYSIA!!!
JOM TOLAK DEPA
KITA HUMBAN MASUK LAUT!!!

Nizar OII!! Pengundi Bagan Pinang Banyak Geli Hati : Itu PAS Cakap Tak Serupa Bikin!

by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: , , ,

oleh Tokey Garam

Hampir nak pitam sebab banyak sangat gelak bila membaca keinginan komplot pembangkang yang mahukan kerajaan melaksanakan gaji siling pekerja estet sebanyak RM 900.

Tokey tidaklah menghina atau ragu-ragu dengan ketegasan depa yang serius mahu memperjuangkan polisi tersebut. Tetapi ada persoalan yang perlu depa jawab dahulu sebelum depa tahu apa yang depa buat.

Depa kena tau dulu masalah bukan depa hanya tau menembak dari celah semak. Maksudnya bukan ketika tiba pilihanraya memandai-mandai buat tuntutan asas yang tidak masuk akal.

Tokey katakan tuntutan asas adalah kerana perkara-perkara sebegini yang harus diperjuangkan Ahli Parlimen(AP) bile depa mula-mula dapat duduk dikerusi empuk AP. Malang sekali perkara sebegini langsung tidak ambil pusing oleh AP tersebut.

Sekarang kita lemparkan persoalan kepada depa untuk dijawab. Kalau benar polisi ini yang mahu diperjuangkan mengapa negeri yang ditadbir oleh komplot pembangkang seperti Selangor dan Kedah gagal menyuarakan tuntutan ini walhal negeri tersebut yang bersepah ladang dan kaum India mencari sumber rezeki dari situ.

Apa yang Khalid Ibrahim dan Azizan Razak buat? Kita tanya Khalid Ibrahim, jika dulu dia ada pengalaman dalam Gutrie yang menguruskan ladang mengapa buat tak tahu pasal kebajikan pekerja ladang di Selangor. Tanyalah orang ladang Selangor di bawah Gutrie apa sumbangan Khalid terhadap mereka.

Kita tau Khalid memang tak buat apa-apa pasal kebajikan ladang. Hendak pejuang gaji pokok lagilah Khalid tak terfikir nak buat sebab dia dah bergaji besar, kereta company dah bagi dan dia dah bersenang lenang dalam bilik ofis yang beraircond sejuk. Janganlah kerana mahu mengambil hati kaum India di sekitar Bagan Pinang depa mahu jadi pejuang rakyat. Haakktuuih..!

Bila tiba pilihanraya di Bagan Pinang depa cepat-cepat susun strategi mau ambil perhatian kaum India. Jangan terpengaruh dengan janji kosong yang tiada value kompolot pembangkang. Depa hanya hebat berjanji seperti mana depa berjanji mau menyelamatkan Kg. Buah Pala.

Harus kasi peringat jika benar nanti depa berjaya mengambil Bagan Pinang daripada penguasa yang berkualiti mungkin habis tanah ladang ini dijual dengan alasan mahu memberi laluan kepada pembangunan atau mungkin paling sadis adalah polisi yang dipejuangkan (kononnya) akan terus masuk ke dalam tong sampah.

Siapa tahu.!

Nizar OII!!! Anwar Tak Kota Janji Di Permatang Pasir : Bagan Pinang Are You Ready?

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , , , ,


oleh The Unspinners

Masa pilihanraya kecil Permatang Pasir dalam sebulan setengah lebih yang lalu, Anwar menjanjikan kepada pengundi untuk melantik calun PAS Salleh Man sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) untuk menggantikan Haji Shabudin Yahaya.

Difahami dari blog Dr Novandri bahawa Yang Dipertuan Agong Tuanku Mirzan telah melantik bekas Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Ellias Zakaria sebagai YDP MAIPP.

Nampaknya sebagaimana arwah Hamdan Abdul Rahman yang digantikan Salleh Man, calun PAS yang tunggalini dikecingkan Anwar Ibrahim juga. Arwah Hamdan sepatutnya dijadikanlah exco sebagai satu-satu orang ADUN PAS di Pulau Pinang tetapi Anwar tidak mahu.

Di Perak bawah Nizar, PAS memberi peluang untuk PKR dapat kerusi sebagai exco. Di Pulau Pinang, Anwar tidak membalas budi baik PAS di Perak.

Teruslah PAS yang sentiasa dikencing PKR dan DAP. Mengundi PAS bermakna tidak semesti janji-janji mereka akan tertunai kerana mereka tidak menguasai keadaan. Suka sangat dikaldaikan.

Nizar OII!! Disebabkan Anwar : PAS Tak Kisah Halal Haram?

Wednesday, October 7, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: , , , ,



oleh Kumbang

Kumbang membaca pendedahan RBF tentang skandal hasil 10,000 ekar balak bernilai 15 juta yang dikatakan dikongsi oleh Husam Musa,Tamrin dan PAS Pusat. Anwar Ibrahim pula dikatakan mencadangkan untuk Husam Musa berkongsi hasil 10,000 ekar balak dengan Tamrin anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghaffar Baba atas tujuan mengabui mata masyarakat untuk memperlihatkan kononnya beliau tidak mempunyai masalah dengan Almarhum Tun Ghaffar Baba sebelum ini.

Sedangkan seluruh dunia tahu Tun Ghaffar Baba terlalu kecewa dengan apa yang terjadi kepada diri beliau iaitu disingkirkan untuk Anwar Ibrahim memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa pertandingan iaitu Tun Ghaffar hanya menerima 7 pencalonan bahagian UMNO dan selebihnya mencalonkan Anwar dan menyebabkan Tun Ghaffar tersingkir daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO. Sebelum meninggal dunia, Tun Ghaffar dikatakan masih tertanya-tanya. Apakah salah diri beliau sehingga disingkirkan begitu rupa oleh insan bernama Anwar Ibrahim.

Jika benar skandal melibatkan Tamrin yang pernah menjadi ahli parlimen di Melaka ini.

Pertama,Kumbang merasa sedih kerana Tamrin sanggup berkomplot dengan orang yang sanggup menyingkirkan bapanya sendiri daripada kepimpinan UMNO.

Kedua, Jika benar Anwar ingin menebus kembali kesalahan lampau beliau kepada Almarhum Tun Ghaffar, kenapa perlu menggunakan wang hasil balak milik rakyat Kelantan dan bukan wang beliau sendiri?

Ketiga skandal ini perlu disiasat kerana sudah menjadi rahsia umum PAS sememangnya menggunakan hasil balak sebagai dana pilihanraya atau 'political fun' terutamanya daripada Kelantan dan Terengganu(penggal PAS memerintah) dan kini dikatakan berjangkit di negeri Kedah.

Adakah kerana kononnya ingin memperjuangkan Islam PAS sanggup menggunakan sumber yang tidak halal dan rompakan seperti hasil balak ini?

Tambah menyedihkan lagi jika benar ,wang yang masuk ke poket Husam dan juga Tamrin adalah melebihi wang yang diperuntukkan untuk dana politik PAS. Maknanya Husam Musa mementingkan kepentingan peribadi melebihi daripada kepentingan Parti kerana dikatakan beliau ingin menggunakan wang daripada hasil balak untuk menaikkan kedudukan diri beliau di dalam parti PAS.

Seperti yang disebut RBF di dalam artikelnya, jika tak percaya tentang semua ini silalah bertanya sendiri atau berhubung dengan Hj.Kasim dari PAS Kawasan Kubang Kerian iaitu kawasan Parlimen Salahudin Ayub Naib Presiden PAS yang sibuk berkempen di Bagan Pinang mengatakan parti beliau benar-benar bersih, tetapi dari segi hakikat adalah sebaliknya.

Inilah akibatnya bersekongkol dengan Anwar Ibrahim, PAS kini sudah tidak kisah halal atau haram.

Pengundi Bagan Pinang, fikir-fikirkanlah..




Untuk maklumat lanjut mengenai kaitan Anwar Ibrahim dengan Amerika dan isu-isu anti Anwar yang lain. Sertai E-Group AIDC sekarang. Klik Sini
.

Nizar OII!! Isa Dan Mat Hassan Hubungan Mereka Baik , PAS Jangan Tipu !

Monday, October 5, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 4 comments
Filed under: , , ,

oleh Mat Rempit 1 Oren

Komplot Pembangkang sekarang ni, terutame PAS sibuk cerite yang hubungan Isa Samad dan Mat Hassan, MB Negeri Sembilan tak berape baik. Tapi gua tengok gambar kat bawah ni, boleh mesra dan gelak-gelak lagi.

Lu biar betul Jack. Jangan tipu. Tak baik..
Lu Parti Islam buat cara parti Islam. Kalau nak buat politik menghalalkan cara jangan jadi Parti Islam. Jadi Parti Komunis!!

Layan gambar di bawah ni beb. Bukti hubungan baik calon kita Isa Samad dengan MB Negeri Sembilan Mat Hassan.






Foto Ehsan Minaq Jinggo