CHANNEL UMB

Nizar OII!!! Mari Kita Gelar Mereka Komplot Pembangkang!

Monday, October 5, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under: ,


oleh The Unspinners

Sudah masanya kita henti panggil mereka Pakatan Rakyat. Mereka bukan sebenarnya membela rakyat bila memerintah.

Lihat Pulau Pinang, Lim Guan Eng pun tidak sepandai Ali Rustam untuk menyelesaikan masaalah Kg Buah Pala. Ali dapat selesaikan Kg Chetty. Di Selangor, isu kuil Seksyen 14 di politikkan dan mengenepikan kaum majoriti untuk mengamalkan agama persekutuan dengan aman dan damai menurut Artikel 11 Perlembagaan. Ngeh dan Nga sebat keliling untuk kroni Cina dan rakyat majoriti dipinggir dengan kerelaan Menteri Besar PAS.

Menggelar diri mereka Pakatan Rakyat adalah membantu mereka terus berbohong. Sudah masanya kita sedar bahawa nama Pakatan Rakyat bukan nama yang sah disegi undang-undang pertubuhan. Mereka pun hanya pakat-pakat dan bukan satu organisasi yang kekal.

Baik kita panggil mereka komplot pembangkang. Pakatan Haram pun sesuai kerana mereka tidak berdaftar sama macam Hindraf.

Comments

2 comments to "Nizar OII!!! Mari Kita Gelar Mereka Komplot Pembangkang!"
  1. macam mana baik pun UMNO, berpada2lah menyokong..jgn jadi alat pada parti..berita pun belum tentu betul..tak perlu menegakkan perkara yang belum tentu anda betul...

  2. baik tuan!