CHANNEL UMB

Ingat Anwar. Shamsul tu Pengecut...

Tuesday, February 2, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , ,


oleh Kumbang

Kumbang mendapat maklumat yang serupa dengan apa yang dilaporkan oleh blog Parpukari dan Big Dog daripada rakan PKR Kumbang. Klik sini dan sini.

Ceritanya Anwar terpaksa menggunakan elemen simpati untuk mempengaruhi rakyat setelah kehabisan modal untuk berhadapan dengan lambakkan bukti nyata di mahkamah. Sebagai contoh kita boleh lihat di blog beliau bagaimana pemimpin Chameleon itu menulis terlampau panjang untuk memancing simpati penyokong yang mana masih menggunakan hujah dangkal dan penuh penipuan. Klik sini.

Amat malang sekali elemen simpati yang cuba untuk dilakukan Anwar kali ini adalah melibatkan pihak polis yang mana beliau akan mewujudkan rasa benci rakyat kepada penjaga keselamatan negara itu dengan menjalankan provokasi ke atas mereka.

Seperti tahun 1998 beliau akan cuba untuk menggambarkan beliau dan keluarga adalah mangsa kerakusan pihak polis dan kali ini mahu melibatkan sama penyokongnya bagi menambahkan impak bahawasanya pihak polis adalah benar-benar zalim.

Tetapi sebenarnya ini adalah rancangan Anwar untuk memancing simpati dan memaksa rakyat untuk melupakan bukti-bukti sahih serta nyata yang akan ditunjukkan di mahkamah.

Tetapi dalam keghairahan Anwar untuk melakukan provokasi terhadap pihak polis.

Beliau terlupa seseuatu perkara iaitu tindakan beliau melantik Shamsul Iskandar sebagai field Commander untuk menjalankan provokasi terhadap pihak polis adalah sesuatu yang amat silap dan menunjukkan kebodohan beliau kerana sememangnya Shamsul Iskandar telah hilang sokongan ahli PKR kerana pro kepada Azmin dan ditambahkan lagi dengan fakta Ketua AMK itu adalah seorang pengecut dan gemar melarikan diri jika berhadapan dengan pihak polis tidak seperti Ketua AMK dahulu saudara Ezam Mohd Nor.

Perkara yang beliau gemar melarikan diri ini dibuktikan dengan yang beliau tidak pernah ditahan oleh pihak polis sepanjang hampir 12 tahun reformasi walaupun rakan-rakan beliau seringkali ditangkap dan ditahan kerana sudah menjadi rahsia umum beliau melarikan diri dahulu sebelum tangkapan dilakukan.

Jadi sudah dapat diteka jika berlaku perhimpunan pada hari ini dan provokasi dijalankan ramai penyokong PKR mungkin akan ditahan kerana itu tetapi saudara Shamsul pasti tidak akan ditahan kerana beliau akan melarikan diri terlebih dahulu dan membiarkan rakan-rakan beliau menjadi mangsa kepada kezaliman yang dirancang beliau sendiri.

Adakah anda sebodoh itu untuk menjadi mangsa Shamsul Iskandar yang senang-lenang menggemukkan badan sementara anda menjalani hukuman di penjara nanti?

Fikirkanlah sendiri. Adalah lebih baik untuk perbicaraan dijalankan secara aman. Jika Anwar tidak bersalah,sila buktikan.

Kenapa mahu menjalankan provokasi terhadap pihak polis yang pernah menjaga keselamatan anda sebagai pemimpin negara berbelas tahun tanpa belot?

Comments

0 comments to "Ingat Anwar. Shamsul tu Pengecut..."