CHANNEL UMB

Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

WOW ! Ini Baru 1Malaysia

Thursday, December 3, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: ,


oleh Mat Rempit 1 Oren

Semalam gua pergi reunion sekolah lame gua dekat KL, kebetulan terjumpe 2 member rapat. Seorang india dan seorang cina. Yang india name Muthu dan yang cina name Ah Seng.

Alang-alang terjumpe member lame. Gua ajak borak.

Gua buka cerita pade Muthu yang 2 tahun dulu memang penyokong kuat Hindraf dan ceramah Anwar tak pernah miss. Kalau nak tahu Muthu ni tinggal kat Penang.

Gua : Wa.. Muthu mesti sekarang lu banyak happy pasal Lim Guan Eng, Anwar punya geng suda perintah Penang.

Muthu : Cit.. Mana ade. Gua benci sama itu Lim Guan Eng dan itu Anwar 'Putar Alam' sekali.

Gua : Ait..apa cerita? Itu kan dulu lu selalu suka sama itu dua orang juga.

Muthu : Itu dulu.. sekarang tidak lagi. Itu kampung Buah Pala suda buat saye pening kepala. Diorang sudah tipu sama kami masyarakat India. Hindraf pun suda kena tipu sama Anwar. Lagi bagus BN, sekurang-kurangnya negara kita sudah semakin maju.

Gua : Biar betul, gua tak percayalah. Lu Muthu.. cakap bukan selalu betul pun.

Muthu : Lu tak ade percaye. lu tengok ini gambar. Saya takde tipu punya.

Gua : Wa! Muthu..gua tabik sama lu. Ini baru betul-betul perjuangan.

Sementara itu member gua Ah Seng hanya mendengar Muthu dan gua berborak-borak. Gua perasan dan gua cube nak ajak die join sekali. Gua memang da lame tahu, die memang penyokong kuat DAP. Mane tahu die tengah geram dengan Muthu sebab tunjuk gambar tu. Ah Seng ni tinggal kat Klang, tempat DAP menang hari tu.

Gua : Hoi.. Ah Seng takkan marah kot. Ini negara demokrasi. Rileklah..

Ah Seng : Mana de gua mara. Gua sokong apa itu Muthu buat. Memang DAP sama Pakatan Rakyat ..tipu punya orang.

Gua : Ait.. lu pun suda murtad ka? Lu kan dulu penyokong DAP dan benci sangat MCA. Apa sudah jadi ?

Ah Seng : Haiya..Lu tak ada percaya ka. Gua memang sudah tak percaya sama DAP, banyak sangat janji tapi tak tepati. Rasuah kanan kiri. Gua tak suka MCA pun, gua sanggup sokong itu Gerakan. Sebabnya gua percaya BN lagi tolong kita rakyat. Tak ada percaya, gua pun ada gambar lu tengok sini .

Gua : Wow ! baguslah lu dua orang sekarang. Ini baru 1Malaysia.

Ah Seng,Muthu dan Gua : Suda kena tipu. Kita Semua 1Malaysialah.. Kah Kah Kah

NIzar OIII!!! Isa Samad Calon Terbaik di Bagan Pinang

Thursday, October 1, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 4 comments
Filed under: , ,


oleh Warisan 2057

Memahami pandangan Rakyat di Bagan Pinang. Isa Samad adalah calun yg tepat untuk Bagan Pinang. Kenapa ? Apa pendapat mereka ?

1. Isa Samad sangat dekat dan mesra dengan rakyat Bagan Pinang. Beliau sering turun kawasan secara informal.

2. Isa Samad anak tempatan. Bagan Pinang adalah kampung Isa Samad.

3. Arwah isteri beliau juga berasal dari Bagan Pinang.

4. Isa Samad juga adalah pemimpin rakyat di Bagan Pinang sebagai Ketua Umno Cawangan Kg Bagan Pinang.

5. Isa Samad berpengalaman selama 30 tahun menjadi wakil rakyat.

6. 22 tahun Isa Samad jadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

7. Sumbangan dan jasanya kepada rakyat Negeri Sembilan, khasnya di Teluk Kemang & Bagan Pinang adalah amat tidak terkira perinya.

8. Pembangunan di PD yg hebat sebahagian besar hasil idea dan usaha serta kerja keras Isa Samad.

9. Isa Samad dekat dan rapat dengan hati dan jiwa rakyat Bagan Pinang, samada Melayu, Cina atau India.

10. Beliau adalah season politician yang setentunya banyak diuji sebagai pemimpin rakyat.

11. Apa pun orang kata mengenai Isa Samad, kami yakin dengan kepimpinan beliau. Orang luar hanya pandai bercakap, mereka datang dan mereka pergi, tetapi kami tetap disini bersama beliau, kami kenal hati dan budi pemimpin kami ini.

Kami mahu Isa Samad terus berkhidmat dengan kami, rakyat di Bagan Pinang.

InsyaAllah kemenangan akan bersama beliau.

Nizar Ada Berani? !!!! Pemuda Akan Jelajah Kawasan Termasuk Estet Di Bagan Pinang – Chief Khairy Jamaluddin

Monday, September 28, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under: , ,


Oleh S.A Najmuddin

Putrajaya -- Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata pihaknya akan bergerak ke segenap pelusuk sehingga kawasan estet yang bermajoriti kaum India dalam usaha mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Menurut beliau gerakan tersebut yang dilaksanakan atas platform Pemuda BN itu diharap mampu menterjemahkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada BN pada hari pengundian nanti.

“Kita berharap semua pemimpin BN juga mengambil tindakan sama kerana terdapat empat peti undi daripada lapan yang majoritinya kaum India, jadi kita perlu sokongan daripada parti yang mempunyai pemimpin daripada kaum itu.

"Saya sudah bermesyuarat dengan Pemuda MIC sebelum Aidilfitri lalu dan mereka bersetuju bekerjasama sebagai satu pasukan. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, di sini, Sabtu.

Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga milik pembangkang, iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR), manakala satu lagi kerusi, DUN Linggi dimenangi BN.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya berkata pilihan raya kecil kali ini sangat penting selepas kekalahan BN di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

“Kerusi itu kerusi BN, terletak dalam negeri yang boleh dikategorikan sebagai negeri selamat berbanding Kelantan dan Permatang Pauh. Saya yakin kita mampu mempertahankan kerusi itu berdasarkan sokongan dan bantuan yang akan diberikan kepada BN," katanya.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu, Pemuda BN tidak mempunyai masalah untuk berdepan dengan pilihan raya kecil berkenaan.

“Jentera kita di Teluk Kemang adalah kuat dan bersatu untuk memastikan kemenangan BN kelak”, katanya.