CHANNEL UMB

Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts
Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts

Khatib Buang Nama Agung & TYT,Ganti Nama Tuk Guru Guan Eng

Friday, August 20, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:


oleh The Unspinners

Isu ini dibangkitkan oleh Ketua Perhubungan UMNO Negeri, Dato Ahmad Zahid Hamidi dalam perjumpaan dengan sayap UMNO Bahagian Tasek Gelugor.

Satu SMS kini sedang tersebar mengecam tindakan yang khatib tersebut:

Amat menyedihkan apabila masjid Pdg menora khatib Ustaz Zakaria Ahmad doakan KM PPinang Lim Guan Eng ganti Yg Pertua Agong dlm khutbah Jumaat lepas. Kalau nak ambil alih Putrajaya pun, jgnlah sewenang wenang nya d jual segala maruah bangsa & ugama kita. Slm perjuangan. Zulkefli Bakar.
Perkara ini berlaku pada wal bulan Julai bulan lepas di Masjid Padang Menora, Tasek Gelugor, khatib Jumaat, Zakaria Ahmad membaca doa panjangkan umur kepada Ketua Menteri Pulau "Linang" si kafir harbi "Pinochio" Lim Guan Eng.

Sehubungan dari itu, pihak Masjid Padang Menora melalui Pemangku Pengerusi Qariah Masjid, Salehuddin Abdul Rahamn telah memaklumkan perkara ini kepada Majlis Agama Islam Pulau "Linang" (MAIPP) untuk tindakan.

Turut serta, UMNO Pulau Pinang AKAN membuat bantahan kepada MAIPP.

Apa agaknya akan dilakukan oleh Pengerusi MAIPP. Kalau Salleh Man yang jadi Pengerusi MAIPP, mungkinkah dia lepaskan saja tanpa tindakan khatib tersebut?

PAS akan berhelah bahawa "Pinochio" Lim adalah Ketua Negeri pilihan rakyat. Ini bermakna mereka tidak memperakui Perlembagaan baik Perlembagaan Malaysia atau Negeri akan kedudukan Agong dan Yang Dipertua Negeri Pulau "Linang" sebagai Ketua Negara atau pun Ketua Negeri.

"Pinochio" Lim bukan Khalifah Omar Abdul Aziz yang adil dan prihatin kepada semua golongan rakyat lagi bijaksana dalam tindak tanduknya. Dia adalah kafir harbi yang memusuhi dan menindas Melayu dan Islam.

Nik Aziz sudah sebut pasal hukum hudud semalam dan bersangkut kait dengan negara Islam impian PAS lah tu ...

Mari kita lihat apa kata Amirul Mukminun mata sepet rambut Brylcreem kepada penyokong PAS Pulau Pinang akan kata tentang itu? Kalau tak pun, Pengerusi partinya Karpal "Tunda Cat" Singh?

P/S Kononnya Malaysiakini lapor Malik Kassim dah nafi.

Kalau takdak, awat kita tau nama sekali? Kita tunggu MAIPP nafi ada komplen ka tidak? Khatib Zakaria Ahmad nak tak nafi sendiri?

Jemaah dengaq hang kata apa? Kalau tak, Allah tau. Macam mana pokok boleh goyang. Malik kata tak ada angin hehehe ...

Ceramah Pentas Pemuda gegarkan Bukit Mertajam

Sunday, July 25, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa · 3 comments
Filed under:









Dalam minggu ini , pelbagai isu yang berlaku di PP dan orang Melayu terutamanya terus ditindas oleh kerajaan DAP Sosialis diketuai Lim Guan Eng . Semalam satu CERAMAH PENTAS PEMUDA BONGKAR & DEDAH dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bukit Mertajam di Jalan IKS Bukit Minyak sebagai rangkuman segala-galanya untuk menerangkan kepada rakyat tentang apa yang berlaku isu politik semasa di PP .

Ceramah semalam menampilkan Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir (Ketua UMNO Bahagian Bkt Mertajam ) , Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim ( MP Bebas Bayan Baru ) , Sdr Fauzi Muda ( bekas Ketua Cabang PKR Ipoh Timur ) . DAP terutama Guan Eng dan PKR diserang habis -habisan oleh 3 orang penceramah hebat ini .

Kehadiran rakyat terutama orang Melayu di sekitar Bkt Mertajam ke ceramah semalam merupakan permulaan cukup baik dan ini merupakan langkah yang tepat menerangkan kelemahan dan penindasan kerajaan Pakatan di PP . Kalau di Selangor boleh diadakan roadshow Selamatkan Negeri Selangor , negeri yang ditadbir pembangkang seperti PP juga perlu lebih kerap diadakan lagi siri ceramah mengenai kezaliman dan pembohongan oleh kerajaan Guan Eng kepada rakyat .






Penang:LGE & Haprak Daily Kencing Melayu ,Nah Ini Obatnya

Wednesday, February 3, 2010 by pisau · 0 comments
Filed under:


Pisau perhatikan sekarang ini makin kerap Lim Guan Eng berbohong,makin terbuka pekung beliau.Yang menariknya Haprak Daily memberi liputan meluas kepada sosialis chauvanist khalifah cina melaka kesayangan PAS ini.

LGE jelas berbohong apabila menyatakan telah berjaya menghapuskan miskin tegar di Pulau Pinang,malah beliau menyatakan hampir kesemua miskin tegar adalah dikalangan bangsa Melayu.Menurut beliau setelah setahun memerintah mereka telah berjaya menghapuskan miskin tegar.Buta mata atau buta perut kah Haprak Daily,mereka ini dengan secara membuta tuli terus menyiarkan kenyataan LGE tanpa menyiasat sendiri keadaan di Pulau Pinang, sudah sudahlah berbohong,Pisau mencabar LGE dah Haprak Daily memberikan bukti berapa ramai dan berapa banyak jumlah peruntukan yang sudah diberikan kepada miskin tegar? Siapa yang menerima dan dari kawasan manakah penerima bantuan tersebut?

Usah beretorik dan mendabik dada kononnya telah banyak membantu fakir miskin,lupakah kamu di kampung muhibah,rumah hijau mak mandin,lorong chempa,kampung perlis,Sg Nyior,penanti,pmtg pasir,juru,jawi dan banyak lagi kawasan yang terlalu ramai miskin tegar.

haprak daily
Macam Jawatankuasa Hal Ehwal Islam. Di bawah BN tahun 2008 belanjawana adalah sebanyak RM12.5 juta. Bila kita buat belanjawan pertama tahun 2009 kita telah naikkan kepada RM20.5 juta ringgit. Tahun 2010 kita telah naikkan lagi kepada RM24.3 juta. Bermakna dalam dua tahun kita hampir sekali ganda lebih besar daripada apa yang diperuntukkan oleh Barisan Nasional.


LGE mendabik dada kononnya telah memperuntukkan bantuan kewangan kepada hal ehwal umat Islam sebanyak 24.3juta dan kononnya sebelum ini kerajaan BN hanya memberikan bantuan sebanyak 12.2juta. Bodoh! hoi pas,kamu tak tengok buku belanjawan kerajaan negeri 2010? berapa yang sebenarnya yang diperuntukkan? berapa banyak budget yang sebenar yang dikhaskan kepada umat Islam? Bohong,bohong dan bohong lagi. Untuk pengetahuan anda,budget tersebut 24.3 juta merangkumi budget pengurusan yang berjumlah 13 juta.
LGE berbohong! budget pengurusan berjumlah 13juta adalah budget mengurus yang diperuntukan secara tahunan untuk membayar gaji,kwsp ,bayaran emulemen,elaun dsb. Dari jumlah 24.3juta ditolak 13juta jumlah sebenar hanyalah 11juta yang diperuntukkan kepada Umat Islam Pulau Pinang.


YA! HANYA 11 JUTA! SEMASA BN MEMERINTAH 12.2JUTA,PR PERINTAH 11JUTA.
PAS TAHU MENGIRA ATAU TIDAK? ATAU MEMANG SUKA DIPERBODOHKAN OLEH KHALIFAH KESAYANGAN KAMU INI.

Mudah nak perbodohkan parti yang sedia bodoh seperti PAS,berikan fakta yang bohong bohong,akan diceduk dan telan kesemuanya,pasti akan percaya.Pisau sifatkan IQ PAS hanya tahap budak sekolah PASTI.

BN perintah dapat 12.2juta,PR perintah dapat 11 juta!

Bukan makin bertambah bantuan kepada umat Islam,tetapi makin berkurangan sebanyak 1.2juta. Yang pasti,LGE memberbodohkan umat Islam dan malah cara beliau membuat kenyataan jelas meremehkan tahap pemikiran orang melayu pulau pinang.

Pisau menyeru kepada pembaca agar mewarwarkan fakta yang sebenar ini,jangan hanya merujuk kepada haprak daily akhbar nafi,fitnah dan lidah bercabang PAS yang jelas menjadi penjilat DAP.



Pisau kata " PAS makin hari makin berselera dengan kencing LGE"
Reblog this post [with Zemanta]