Selepas mendapat keputusan di Dewan Suarah ,Pusat Penjumlahan Undi PRK Sibu,Pisau terus beredar ke Bandar Sibu.
Keesokan harinya terus pulang ke Pulau Pinang,berehat seketika,kurang tidor dan terlalu banyak kerja yang harus diselesaikan di sini.
Tak sempat mengupdate blog,hari ini Pisau meninjau dan membaca banyak blog blog pro BN dan pakatan memperkatakan isu prk Sibu ,ada yang membuat analisis, ada yang mempersalahkan itu ini.
Ada yang mendabik dada dan ada yang mengeluarkan kenyataan dengan nada yang angkuh dan sombong.
Masing masing memberikan pendapat. Ada yang tidak rasional dan ada yang tidak berpijak dibumi yang nyata.
Pisau berada bersama segerembolan puak DAP semasa penjumlahan undi dibuat.Pada permulaan kiraan undi dibuat,pelbagai kata kata yang cukup menyakitkan hati dihamburkan.Ketika itu jumlah undi DAP ketinggalan lebih 3 ribu undi.
Maki hamun dihamburkan,BN menaburkan wang,rakyat Sibu makan rasuah,rakyat Sibu bangsat,rakyat Sibu balaci BN,rakyat Sibu bodoh. dan ada yang berkata tak guna DAP bagi RM600 setiap isi rumah panjang di Sibu jika mereka masih menjadi bangsat kepada BN.
Pekung dan busuknya pakatan ketika itu semuanya terdedah. Kemudian selepas peti undi yang ke 35 dari 110 dibuka,jumlah undi DAP meningkat ,kata kata pujian pula di hinggap di telinga Pisau.Rakyat Sibu bagus,rakyat sibu tolak 1malaysia,rakyat sibu tak makan duit dan macam macam lagi.
Kemudian terpacul pula kata kata salah seorang pemimpin DAP,"DAP will lead pakatan if we win this by election" kemudian disambut oleh seorang pemimpin wanita DAP, "PAS & PKR must realise ,we're dominan in pakatan ,let DAP teach them how to play this game".
Semuanya mengangguk tanda setuju.Kemudian mereka tertumpu kepada keputusan yang keluar dari setiap peti undi satu demi satu.
Pisau bersama seorang penyokong DAP,sengaja mahu melihat apa dalam kotak pemikiran beliau,pisau bertanya,"why anwar should lead the pakatan if dap have more seat than pkr" jawabnya "let anwar lead la,malays trust him ,easy for us to gain more seat after this "
Jelas dan amat tepat sekali,Anwar dipergunakan,tambahan PAS parti kasta paling rendah dalam pakatan hanyalah bersifat pak turut.Mudah mereka memperkotak katiknya mengerakkan agenda mereka.
DAP membuktikan didalam pakatan mereka lebih kuat dan mampu menang setelah PAS tewas di Bagan Pinang dan PKR tewas di Hulu Selangor. Kedua dua prk DAP tidak langsung membantu didalam kempen dalam bentuk jentera dan sumber kewangan.
Tetapi di Sibu membuktikan bahawa PAS menjadi balaci dan jalangan politik kepada DAP apabila memohon derma kepada penyokong sendiri untuk kempen di Sibu.
Walhal DAP punyai sumber kewangan yang cukup banyak, juta ringgit ditabur oleh taukey taukey cina untuk pergerakan mereka,mengapa DAP tidak salurkan sedikit wang kepada PAS untuk kempen di Sibu? Jawapnya apa perlu ultra kiasu chauvanist beri wang pada PAS,tak beri pun PAS boleh hidup tipu penyokong sendiri,kutip derma sana sini demi cinta hati pada DAP.
Kalah menang adat bertanding,Sibu tidak mengambarkan pakatan haprak kuat di Sarawak,Batang Ai pakatan haprak tewas juga.
PKR hampir karam dan sudah ada ura ura PKR akan bergabung dengan DAP, sama ada khabar angin itu benar atau tidak,sama samalah kita tunggu.
Terima kasih buat 18,447 orang yang mengundi BN,mereka tidak harus dilupakan. Janji harus ditunaikan.
Buat wakil rakyat BN,buat kerja jangan hanya tunggu pilihanraya baru nak tunjuk muka, dah banyak kali suruh bangun,tapi tak sedar diri,ramai yang masih tidor dan berlagak bagus dan sombong.
Pisau kata " air kencing Guan Eng laku di Sibu,habis dikencing semua,ramai percaya Penang dibawah kerajaan DAP berjaya"
CHANNEL UMB
Sibu 212: Sambutan Hangat Ceramah Pakatan!Anwar Di Jerit Liwat oleh orang Sibu!
Malam tadi Pisau melawat beberapa kawasan di sekitar Sibu untuk melihat sejauh mana sambutan rakyat tempatan pada ceramah ceramah pakatan haprak.
Sejak lebih seminggu Pisau berada di Sibu, tidak ada mana mana ceramah pakatan yang mampu menarik ramai penonton.
Adakah ini menandakan rakyat sememangnya tidak gemar cara politiking pakatan haprak,atau pun rakyat tidak ada masa untuk mendengar penceramah import dari semenanjung berbohong dan mengotori minda rakyat Sibu.
Pisau berkesempatan hadir pada ceramah Mat Sabu,Zuraida dan Dr Hatta. Gambar dibawah menceritakan segalanya.-
Lokasi berhadapan Hotel Paramount
Pisau tak mau buang masa dengar ceramah kencing rakyat,busuk sangat,kemudian beredar ke Kg Ilir ,tiba di markas PAS,keadaan lebih kurang sama,cuma bezanya lebih banyak nyamuk dari penduduk Kg Ilir yang datang.
Tidak ada langsung penduduk Kg Ilir yang mendengar ceramah tersebut,yang mundar mandir di sekitar kawasan tersebut barangkali petugas PAS dari Selangor.Kerana tidak sampai 50 meter satu ceramah kecil diadakan oleh pihak BN,dipenuhi oleh orang ramai dan anak muda.
Setelah berada seketika di Kg Ilir,kemudian Pisau beredar ke Jalan Bandung untuk melihat ceramah pembohong nombor 1 negara Anwar berahi.
Lokasi ini berhadapan restoran yang dipenuhi pengunjung,pakatan haprak mengganggu pengunjung setiap malam dengan ceramah yang penuh dengan pembohongan dan hasutan.
Dalam blog blog haprak melaporkan sambutan amat hebat,walhal pengunjung kesana untuk menikmati makan malam,sebaliknya diganggu oleh penceramah dengan najis fitnah dari semenanjung.
Sebaik saja Anwar hampir selesai berceramah,seorang penonton menjerit Anwar "Liwat! Liwat! LIWAT!Pembohong!Celaka! LIIWAT! "hinggakan berlaku kekecohan ,rupanya hampir separuh dari pengunjung dikawasan tersebut sudah muak dengan ceramah pakatan haprak.
Lelaki yang menjerit Anwar Liwat! begitu berani berhadapan dengan para penyokong PKR,ketika beliau diserbu oleh kononnya pengawal Anwar Berahi,lebih kurang 10 orang lagi barangkali penyokong BN bertindak bangun dan tampil kehadapan,keadaan agak panas ketika itu.
Namun pihak Polis dengan pantas meleraikan kedua belah pihak semasa Tian Chua baru hendak memulakan ceramah selepas Anwar Berahi meninggalkan lokasi.
Pisau berasa teruja dengan dengan situasi ini,Anwar kelihatan terpingga pingga apabila dijerit LIWAT! oleh penonton.Ini menandakan orang Sarawak begitu berani meluahkan perasaan dan tidak gentar untuk berdepan dengan penyokong dan penjilat tegar Anwar Berahi.
Kesimpulannya,walaupun kehadiran penonton pada ceramah pakatan kurang,tetapi ia tidak akan mencerminkan jumlah pengundi yang menyokong BN.
BN harus berkerja lebih kuat,Adun Nangka Datok Awang Bemee tidak menjadi seorang YB yang berkesan,beliau langsung tidak turun ke padang,amat menyedihkan apabila dalam keadaan sokongan tak berbelah bagi kepada BN,namun masih ada pemimpin sebegini mengotori aspirasi perjuangan Ds Najib rakyat didahulukan
Pada pilihanraya negeri yang akan datang,Pisau cadangkan agar tukar saja calon yang baru,mesra kepada rakyat dan rajin berkhidmat.
Pisau kata "Anwar penakut rupanya bila disergah penonton,lari tak cukup tanah"
Sibu 212: Manifesto DAP Penuh Dengan Pembohongan,Tebatan Banjir.
Kempen Calon DAP,Wong Ho Leng seolah olah cuba memperbodohkan rakyat Sibu,Dalam Manifesto DAP,mereka menawarkan projek Mitigasi Banjir sekiranya menang dan memerintah Sarawak.
Dalam kempen DAP,jika mereka berjaya menawan Sarawak dalam masa 2 tahun ,mereka berjanji akan menyelesaikan projek tebatan banjir.
Cara mereka berkempen seolah olah rakyat Sibu tidak tahu berfikir dan tidak nampak, Adakah mereka mampu untuk melaksanakan janji pilihanraya,sudah pasti tidak.
Gambar ini bukti projek yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan BN.
Kerajaan Barisan Nasional tidak perlu menunggu dan telah melaksanakan projek sejak tahun 2001 dan selepas PRU12, projek ini akan terus berlanjutan selepas prk sibu.
Orang-orang di Sibu harus menyedari bahawa DAP hanya tahu bagaimana membuat janji-janji yang tidak realistik.
Ho Leng mendakwa boleh menyelesaikan projek mitigasi banjir, selepas dua tahun jika mereka menjadi kerajaan negeri atau persekutuan.
Projek raksasa ini tidak boleh dilakukan dalam masa dua tahun,menurut jurutera yang terlibat adalah mustahil untuk menyiapkan projek ini dalam masa 2 tahun.
Projek sebesar ini perlukan kajian menyeluruh,kelayakan dan perancangan yang betul sebelum dilaksanakan sepenuhnya di Sibu.
Lihatlah bagaimana seorang peguam berusaha untuk berlagak sebagai jurutera walhal sebenarnya cuba untuk menipu rakyat Sibu dan ini benar-benar menunjukkan belang yang sebenar bahawa mereka telah berbohong.
Setakat ini, projek membaik pulih mitigasi banjir selesai pada bulan Disember 2001 adalah RM16 juta untuk Sungai Sungai Seduan .
RM3.9 juta untuk kerja membaik pulih di Jalan Pedada (Julai 2001), RM6.8 juta kerja pembaikkan di Sungai Loba Lembangan (Jun 2004).
RM16.25 juta untuk sistem perparitan di Bandar Sibu (Jun 2004) dan kerja mendalamkan sungai ialah RM3.2 jutadi Batang Igan dan Muara Sungai Seduan (Disember 2009)
Projek-projek yang masih dalam pembinaan adalah RM137 juta Projek Mitigasi Banjir Sibu fasa pertama,
RM8.4 juta Sungai Antu yang dijangka dapat disiapkan pada Mei 2010,
RM9.8 juta SG. Nangka (dijangka siap tarikh Jul 2010) dan RM9 juta Sg.Loba Oya Lembangan-jalan dijangka siap pada bulan September 2010 dan juta RM35.9 RTB Sg.Ang Chui Kow dan SG. Loba Lembangan-pumphouse.
Di bawah rancangan Malaysia kesembilan, jumlah keseluruhan RM237 juta telah diperuntukkan untuk mengurangkan masalah banjir di Sibu, Uggah .
Pada projek-projek masa depan, kerajaan akan meneruskan fasa 2 dari projek banjir untuk mengurangkan masalah banjir di Kota Sibu dan lingkungan sekitarnya dalam rancangan Malaysia ke 10.
Di antara projek tersebut - RM528 juta untuk melindungi Bandar Sibu dari banjir teruk; RM50 juta untuk pembaikan sistem perparitan dalaman dan RM30 juta untuk mendalamkan sungai Batang Rajang dan Igan.
Kerajaan Barisan Nasional komited untuk menyelesaikan masalah banjir di Sibu dengan sokongan rakyat Sibu, Projek tebatan banjir Sibudijangka selesai pada akhir rancangan Malaysia ke 10.
Pisau kata " nak bohong tu agak agak la,jangan perbodohkan orang"
Statistik
Sedang Membaca
Unit Media Baru PPUM

UMB Negeri
Makluman
" Bantuan anda dapat membantu perjuangan kami! "
Rakan-Rakan
-
Bank Pembangunan's sham litigation to cover Zafer bribe perpatrators - Unmasking the BPMB Scandal: A Web of Conspiracy, Bribery, and Betrayal Targeting the Innocent *By Elena Vargas, Independent Corporate Investigative Jour...1 week ago
-
-
Naratif Baru PN, YDP AGONG Lantik Orang Tidak SAH Jadi PM - Nampaknya PN makin terdesak untuk jatuhkan kerajaan... Semalam, anggota PN yang juga pelampau Hindu wayta morthy telah memulakan naratif yang mana pelan...3 weeks ago
-
PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA KHAS ?? - MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI ? APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT ... MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLI...2 years ago
-
-
Sidang Media Terakhir Hamid Bador, Peperangan Antara Dr Mahathir Dengan Mahiaddin Atau Hamid Bador Dengan Hamzah Zainuddin? - Sidang media terakhir TS Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara berjaya mendapat perhatian seluruh negara. Mungkin bagi sesetengah pihak yang masih lagi ...4 years ago
-
Hendak Kerja, Sertai Armada - Syabas YB Syed Saddiq kerana telah berjaya membantu Rakyat Armada di dalam pencarian kerja. Kalau tidak semua sekalipun, hampir semua dalam senarai di a...6 years ago
-
PELANTIKAN TOMMY THOMAS CETUS KEBIMBANGAN ORANG MELAYU DAN UMAT ISLAM MALAYSIA - 1. Keputusan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong memperkenankan perlantikan Tommy Thomas amat membimbangkan orang Melayu dan umat Islam negara ini. Lebih m...7 years ago
-
-
WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM ! - *Liwat: Anwar didapati bersalah* PUTRAJAYA 10 Feb. - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantu pe...10 years ago
-
Memang UMNO Selangor dah lemau..!! - *kalau UMNO Selangor sayangkan UMNO Selangor eloklah tukar kepimpinan sebagaimana mereka bijak mendesak suatu ketika dahulu* Pak Lah tak dapat 2/3 masa...10 years ago
-
-
TUN M masih terima rawatan di IJN - Kuala Lumpur - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan dada, hari ini. Dr Mahathir tela...11 years ago
-
Penasihat PM Harus Dipecat-Tun Daim Zainuddin - Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap pembangkang sew...12 years ago
-
-
-
Polis Tidak Perlu Bersusah Payah Awasi Rumah Ambiga, Takut Sekat KEBEBASAN Beliau - Polis Tak Perlu Lindungi Ambiga Setelah mengganggu warga kota pada 28 April lalu sehingga menyebabkan peniaga-peniaga kecil dan miskin kerugian, pemandu tek...13 years ago
-
AnWAR : 'SESUMPAH' YG MAHU BERSUMPAH - 1. Semingu dua ini sudah kedengaran kembali ura-ura AnWAR mahu mahu bersumpah bagi membersihkan dirinya. AWAS!! Ini satu lagi taktik mahu meraih simpati s...13 years ago
-
Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat ? - *Penasihat PKR, si Anwar mungkin bakal mencatat sejarah tersendiri sekiranya Karpal Singh disapina sebagai saksi Pendakwaraya dalam kes liwatnya dengan Sa...14 years ago
-
-
-
-